• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Pemain Import T-Team Jadi Rebutan 2 Negara

oleh
17/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Uzbekistan atau Nigeria? Tuntutan mayat kapten pemain T-Team, David Faramola Oniya kini menjadi perhatian apabila keluarga dan isterinya mahu membawa pulang ke negara masing-masing.

Portal berita AgendaDaily pada Selasa melaporkan, isteri pemain pertahanan The Titans itu, Rogozina Lyubov dikatakan mahu menuntut mayat suaminya sendiri sebelum dihantar pulang ke negaranya di Uzbekistan.

Sebelum ini, bapa kepada pemain berkenaan meminta pihak pengurusan kelab T-Team supaya menguruskan penghantaran mayat mendiang Oniya balik ke kampung kelahirannya dekat Lagos, ibu negara Nigeria.

Baca: Pemain Import T-Team Maut Ketika Perlawanan Persahabatan

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd. Syahrizan Mohd. Zain berkata, pihaknya namun dimaklumkan isteri kepada mendiang turut datang untuk menuntut mayat dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada Selasa.

Bagaimanapun menurutnya lagi, bapa mendiang Oniya, James Oniya juga akan datang ke negara ini bagi menguruskan proses tuntutan jenazah anaknya untuk dibawa pulang ke Nigeria dalam beberapa hari lagi.

“Sebelum ini, kita memang menerima arahan supaya menghantar pulang Oniya ke Nigeria, tetapi sekarang kita mendapat tahu balu kepada mendiang meminta mayat Oniya untuk dihantar ke Uzbekistan pula.

“Kita berharap masalah tuntutan bertindih mayat mendiang tidak menimbulkan perbalahan antara bapa dan isterinya, sebaliknya mencapai persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak,” kata Mohd. Syahrizan.

Pemain import berusia 30 tahun itu dilaporkan jatuh rebah secara tiba-tiba ketika aksi perlawanan persahabatan antara T-Team dengan pasukan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota, Bharu pada Sabtu lalu.

Oniya segera dihantar oleh sepasukan paramedik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di ibu negeri Kelantan itu, namun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan susulan. – Agensi/Mynewshub/H.A.A

Tags: NigeriaparamedikT-TeamUzbekistan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Miley Cyrus Lancar Kempen Sokong Peminat Transgender

Next Post

Peminat Nabila Huda Bercakaran Pasal Siapa Pegang Arak

Related Posts

Malaysia, Uzbekistan Boleh Tumpu Bidang Berkait Kepentingan Umat Islam

Malaysia, Uzbekistan Boleh Tumpu Bidang Berkait Kepentingan Umat Islam

19/05/2024
0

SAMARKAND - Malaysia dan Uzbekistan boleh menjalinkan perkongsian strategik khas dalam bidang baharu, khususnya yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam,...

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr...

Next Post

Peminat Nabila Huda Bercakaran Pasal Siapa Pegang Arak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd