• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Terapung Ditemui Di Sungai Perai

oleh Ahmad Albab
12/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Mayat seorang lelaki ditemui terapung berhampiran Jambatan Tunku Abdul Rahman di Sungai Perai, di sini kira-kira pukul 2 petang hari ini.

Jurucakap polis berkata mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu ditemui oleh seorang nelayan yang sedang menjala ikan di kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada polis.

“Polis meminta bantuan pihak bomba untuk membawa naik mayat berkenaan ke darat dan hasil pemeriksaan awal, kami tidak menemui sebarang kad pengenalan atau sebarang dokumen bersama mayat terbabit.

“Mangsa kemungkinan dibawa arus hingga ke kawasan berkenaan sebelum ditemui oleh nelayan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat, lelaki itu dipercayai telah mati lebih daripada 24 jam.

“Setakat ini, tiada sebarang kecederaan ditemui di mayat lelaki berkenaan,” katanya.

Jurucakap polis itu berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: mayat terapung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Pulau Sembilan

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Pulau Sembilan

15/06/2023
0

LUMUT: Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menerima aduan mengenai penemuan satu mayat lelaki tanpa identiti di sekitar perairan...

4 Mayat Terapung Di Pulau Sembilan

30/12/2021
0

LUMUT: Mayat tiga wanita dan seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di kedudukan 14.2 batu nautika barat Pulau Buloh, Pulau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd