• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahfuz Omar Desak Azmin Segera Bubar DUN Selangor!

oleh Ahmad Albab
21/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANJUTAN dari perpecahan ketiga-tiga parti yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat (PR), PAS yang diwakili Datuk Mahfuz Omar menggesa Menteri Besar Selangor, Azmin Ali agar membubarkan DUN dengan segera.

Menurut bekas Ketua Penerangan PAS itu, pembubaran tersebut sememangnya jalan terakhir seandainya kemelut antara mereka tidak menemui jalan penyelesaian.

Azmin Ali Kini Sah Jadi MB ‘Boneka’ DAP 

pakatan nisan

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut berkata, pilihan yang dimiliki Azmin kini hanyalah dengan menyatakan pendiriannya sama ada ingin meneruskan kerjasama dengan PAS ataupun DAP di Selangor.

Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini, “Mahu tidak mahu Menteri Besar Selangor harus membuat pendirian sama ada memilih salah satu daripada parti (Pas atau DAP) untuk menjadi rakan dalam pentadbiran Negeri Selangor.

“Kalau PKR memilih DAP, maka Pas harus berundur.. kalau PKR memilih Pas, maka DAP harus berundur. Yang berundur bukan bermakna dia tidak menyokong kerajaan, dia boleh jadi parti mesra kerajaan.”

133995_179984425365000_8366177_o

Ujarnya lagi, sama ada DAP mahupun PAS yang akan dipilih, kedua-dua parti harus menerima keputusan tersebut dengan terbuka.

PAS dan DAP berkongsi jumlah kerusi DUN yang sama di Selangor iaitu sebanyak 15 manakala PKR pula memiliki 13 kerusi dan Barisan Nasional 12 kerusi.

Selasa lalu, Setiausaha Agung DAP mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur, susulan keputusan Muktamar Tahunan PAS 2015 yang meluluskan usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Sementara itu, dalam satu kenyataan semalam, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengumumkan perkara sama.

Namun yang menjadi teka-teki kini, PKR masih bermain tarik tali tentang pendiriannya untuk bersekutu dengan parti mana, sama ada DAP ataupun PAS.

Terdapat khabar bahawa berlaku pecahan dua kumpulan dalam PKR kini, iaitu kumpulan pro-DAP yang dikepalai oleh Rafizi Ramli, manakala Azmin dilihat lebih cenderung bersama PAS.

Jadinya, apakah jawapan yang akan terpacul dari mulut Azmin? Adakah PKR akan berantakan seperti PAS selepas ini? Kita tunggu dan lihat…

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Pakatan Berkubur, Anwar Pula Berkias-Kias

Tags: Azmin AliDAPMahfuz Omarpakatan rakyatPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd