KUALA LUMPUR – Datuk Lee Chong Wei hari ini menjuarai Terbuka Kanada 2015 di Calgary.
Beliau yang baru menjuarai Terbuka Amerika Syarikat mengalahkan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong 21-17 dan 21-13 dalam masa 35 minit.
Kemenangan ini sebagai pembakar semangat buat pemain berusia 32 tahun ini yang berazam untuk muncul buat kali ketiga kejohanan peringkat olimpik pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil nanti.
Chong Wei kini menduduki ranking ke-99 dunia selepas tidak menyertai beberapa kejohanan antarabangsa akibat digantung selama lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung kes doping.
Setelah tamat menjalani hukuman, beliau membantu pasukan Malaysia memperoleh pingat gangsa pada Sukan SEA di Singapura. – BERNAMA
https://www.youtube.com/watch?v=eLzTsI3i8s8

