• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Audit: PAC Akan Panggil 4 Kementerian Beri Penjelasan

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil empat kementerian dan beberapa agensi kerajaan bagi memberi penjelasan berhubung pelbagai isu berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 2.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kementerian berkenaan ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan.

Katanya PAC juga akan memanggil 16 jabatan kerajaan pusat, 10 badan berkanun dan 31 jabatan kerajaan negeri untuk tampil memberi penjelasan berhubung laporan itu.

“Proses prosiding untuk Laporan AG (Ketua Audit Negara) Siri 2 2014 akan bermula pada bulan September ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di Bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Nur Jazlan berkata antara isu perlu diberi penjelasan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk projek Pereplikasian Model (i-ZAQ) Akuakultur Bersepadu bernilai RM2.142 bilion yang gagal disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

“Selain itu, projek akuapenternakan di bawah pihak berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara bernilai RM79.6 juta juga perlu diberi penjelasan berhubung pengurusan pentadbiran yang kurang memuaskan, serta beberapa dokumen kontrak bernilai lebih RM100 juta telah diluluskan oleh KSU (Ketua Setiausaha Kementerian) yang sepatutnya diluluskan oleh menteri,” katanya.

Nur Jazlan berkata isu berkaitan dengan Kementerian Pendidikan pula melibatkan kegagalan pentadbiran kewangan oleh tiga universiti awam yang diberi autoriti penuh membabitkan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Selain itu, pengurusan penyelenggaran kapal di Sabah oleh APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) di bawah JPM serta pengurusan rangkaian Hotel Seri Malaysia di bawah Kementerian Kewangan yang didapati mempunyai pelbagai masalah pengurusan turut terlibat,” katanya.

Katanya Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan turut dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung kutipan hasil daripada syarikat-syarikat yang disiasat akibat pelbagai masalah berkaitan.

Nur Jazlan berkata secara keseluruhannya laporan audit kali ini kurang memuaskan kerana sesetengah kesalahan yang timbul daripada beberapa kementerian itu sebenarnya boleh dielakkan.

Beliau juga menyeru PAC peringkat negeri memainkan peranan dalam memanggil agensi kerajaan negeri yang didapati mempunyai masalah untuk proses prosiding berhubung laporan audit ini. – BERNAMA

 

Tags: AuditPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2015 meluluskan dua sistem pengurusan pekerja asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd