• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Samun ‘Nuar Ayam’ Tumpas

oleh Ahmad Albab
25/06/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANTAU PANJANG – Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun ‘Nuar Ayam’ yang bergiat aktif di negeri ini selepas menahan ketuanya dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Bukit Mewah, Kajang, Selangor semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam serbuan pada pukul 1.50 pagi itu, sepasukan anggota polis dari Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) menahan suspek yang berumur 37 tahun yang sedang tidur di dalam rumah berkenaan.

“Suspek dikehendaki Polis Kontinjen Kelantan kerana terlibat dalam 23 kejadian jenayah di negeri ini, melibatkan satu kes bunuh, 16 kes samun, empat kes pemerasan, satu kes rogol dan satu kes melepaskan tembakan.

“Kebanyakan kejadian yang berlaku melibatkan daerah Bachok, Kota Baharu, Pasir Mas, Kuala Krai dan Pasir Puteh,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di lapangan bersama anggota polis di sekatan jalan raya Cabang Empat Salam di sini, malam tadi.

Mazlan berkata dengan tertangkapnya suspek yang turut dikenali dengan nama ‘Nuar Ayam’ dan tiga anggota kumpulan itu sebelum ini, pihaknya percaya berjaya menumpaskan kumpulan tersebut.

Mazlan berkata polis memperoleh perintah tahanan reman tujuh hari bermula hari ini terhadap Nuar Ayam selepas suspek dibawa pulang ke Kelantan semalam.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata pihaknya turut melaksanakan Ops Banteras Sempadan bermula Ahad lepas bagi mengenal pasti suspek yang dikehendaki yang berada di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Beliau berkata operasi berkenaan juga akan memberi fokus terhadap aktiviti penyeludupan senjata api, dadah dan pemerdagangan manusia.

“Dalam tempoh lima hari operasi berkenaan dilaksanakan, seramai 22 suspek yang dikehendaki telah berjaya ditahan melibatkan 21 kes jenayah dan satu kes narkotik.

“Selain itu, kita turut menahan 28 penagih dadah, tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI), empat pengedar dadah dan seorang penyeludup minyak,” katanya.

Katanya sepanjang Ramadan ini, pihaknya juga akan memperketat kawalan di sempadan bagi mengelak penyeludupan bunga api dan mercun yang sering berlaku pada musim perayaan. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd