• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Cadang Tukar BR1M Kepada Pelaburan – Chua

oleh Ahmad Albab
23/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan satu bentuk pelaburan atas nama penerima BR1M.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata pemberian BR1M adalah bantuan jangka pendek, bermatlamat membantu rakyat berpendapatan rendah untuk mengimbangi kenaikan kos sara hidup, dalam membeli barangan keperluan harian.

“Bantuan ini diberi secara menyeluruh kepada semua yang layak tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik. Kriteria BR1M juga bukanlah berdasarkan paras kemiskinan sebaliknya bertujuan memberi subsidi kepada golongan sasar,” katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong.

Boon Som ingin tahu adakah kerajaan bercadang mengkaji semula pelaksanaan BR1M supaya bantuan yang diberikan diganti dengan cara melabur wang terbabit atas nama penerima, bagi membolehkan mereka memperoleh dividen, justeru kerajaan tidak perlu lagi mengeluarkan peruntukan baharu.

Chua berkata Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) juga berpendirian bahawa pemberian subsidi secara terus seperti BR1M adalah lebih bermanfaat berbanding subsidi berbentuk ‘blanket’, yang melibatkan semua orang termasuk golongan berpendapatan tinggi.

“Dulu kerajaan mempunyai subsidi ‘blanket’ di mana subsidi ini tidak sasar, maka ia menjadi isu kerana ada yang kaya menikmati lebih banyak subsidi.

“Jadi tujuan kita bukanlah pemberian semata-mata kepada kategori miskin tetapi melibatkan kategori yang perlu ditolong,” kata Chua.

Beliau berkata matlamat pemberian bantuan itu adalah bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan memacu ekonomi serta menjana pertumbuhan perniagaan domestik.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengenai rancangan kerajaan membantu golongan berpendapatan sederhana yang terbeban dengan kenaikan kos harga barang, beliau berkata kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan pendapatan golongan itu.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 kerajaan sememangnya meletakkan matlamat untuk membantu meningkatkan pendapatan, khusus kepada golongan berpendapatan sederhana,” katanya. – BERNAMA

Tags: BR1MKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

04/12/2025
0

Kuala Lumpur: Bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses kandungan dalam talian, kerajaan dalam proses mengawal selia platform untuk menyekat pengguna bawah...

Kerajaan Perluas Manfaat BUDI95 Kepada Lebih 31,000 Penerima Baharu

Kerajaan Perluas Manfaat BUDI95 Kepada Lebih 31,000 Penerima Baharu

07/10/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan kelayakan menikmati sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kini diperluaskan kepada tiga kelompok baharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd