• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Serius Kuat Kuasa Undang-undang Asing Sisa Pepejal

oleh Ahmad Albab
01/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan serius untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang untuk mewajibkan orang ramai mengasingkan sisa pepejal mengikut jenis ke dalam plastik bersesuaian di rumah sebelum membuangnya, bermula 1 Sept ini.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata penguatkuasaan undang-undang itu akan dibuat secara berperingkat bagi memastikan orang ramai dapat menyesuaikan diri.

“Bermula 1 Julai ini, kita akan mula memberi peringatan mesra kepada masyarakat melalui risalah dan nasihat.

“Bermula 1 Sept pula, kita akan memberi notis peringatan kepada isi rumah yang tidak mengasingkan sisa pepejal dan bermula 1 Jan 2016, denda maksimum RM1,000 akan dikenakan kepada mereka yang masih enggan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun SWCorp yang ketujuh dan Konvensyen Bandar Bersih di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Solid Waste Management and Public Cleansing Corporation (SWCorp) Datuk Ab Rahim Md Noor dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohammad Mentek.

Halimah berkata mereka yang tidak mengasingkan sisa pepejal dan enggan membayar denda yang dikenakan, boleh dihadapkan ke mahkamah.

“Kita kalau boleh nak mendidik masyarakat untuk jadikan ia (pengasingan sisa pepejal) sebagai budaya dan amalan mereka dan kita tidak mahu tanggungjawab itu dipikul oleh rakyat dengan pelaksanaan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata SWCorp kini giat melaksanakan program kesedaran kepada orang ramai tentang pengasingan sisa pepejal dan mengingatkan orang ramai tentang pelaksanaan undang-undang baharu itu.

“Dalam pada tempoh penguatkuasaan ini, kita masih lagi mengambil sebahagian masa yang ada untuk mendidik masyarakat.

“Saya percaya tempoh masa untuk kita maklumkan pada masyarakat memadai,” katanya.

Sementara itu, Ab Rahim berkata bagi kediaman bertingkat seperti kondominium dan rumah pangsa, pihak kementerian sedang memperhalusi kaedah yang sesuai untuk menangani isu ini.

“Untuk kediaman bertanah, kita sudah ada kaedah yang sesuai untuk kita pantau pelaksanaannya,” katanya.

Peraturan pengasingan sisa pepejal ini dilaksanakan mengikut Akta 672 Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan akan dijalankan oleh SWCorp.

Pengasingan sisa pepejal ini akan dikuatkuasakan sepenuh-nya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah. – BERNAMA

 

Tags: KerajaanSampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1MDB: Hishammuddin Sanggup Lepas Jawatan Sekiranya..

Next Post

AirAsia Tawar Tambang Serendah RM8 Sempena Ramadan

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post

AirAsia Tawar Tambang Serendah RM8 Sempena Ramadan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd