• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Bawa 458 Orang Karam Di Sungai Yangtze

oleh Ahmad Albab
02/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHANGHAI – Sebuah kapal membawa 458 orang, kebanyakan pelancong warga emas, karam di Sungai Yangtze semasa ribut malam tadi dan hanya 12 mangsa diselamatkan setakat ini, menurut media China.

Menurut agensi berita rasmi Xinhua, Presiden China, Xi Jinping, mengarahkan segala tindakan diambil bagi menyelamatkan mangsa manakala Perdana Menteri, Li Keqiang sedang menuju ke kawasan kejadian di wilayah Hubei itu.

Xinhua, memetik kenyataan pentadbiran pelayaran Sungai Yangtze, melaporkan mereka yang diselamatkan dari kapal Eastern Star itu termasuk kapten dan jurutera yang menyatakan bahawa kapal berkenaan karam dengan pantas selepas terperangkap dalam ribut siklon.

Menurut akhbar People’s Daily, antara mereka yang berada dalam kapal itu ialah 406 pelancong berusia antara 50 hingga 80 tahun dalam percutian yang diatur kumpulan pelancongan Shanghai serta 47 anak kapal.

Akhbar Hubei Daily melaporkan bahawa bahagian bawah kapal yang karam itu masih kelihatan di sungai di mana kedalaman air ialah kira-kira 15 meter.

Hujan lebat diramalkan hari ini, sekali gus menjadikan usaha mencari dan menyelamat semakin sukar. Kapal Eastern Star dimiliki Chongqing Eastern Shipping Corporation yang turut mengendalikan pelayaran di kawasan Three Gorges sepanjang Sungai Yangtze. – Reuters

https://youtu.be/Bk_er6ITRTQ

Tags: kapal karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

12 Mayat Tragedi Kapal Karam Di Laut China Selatan Ditemui

12 Mayat Tragedi Kapal Karam Di Laut China Selatan Ditemui

04/07/2022
0

BEIJING – Sebanyak 12 mayat ditemui susulan insiden sebuah yang kapal karam di Laut China Selatan pada hujung minggu lalu...

Seorang Maut Kapal Dayang Topaz Karam Di Kuala Baram

27/10/2020
0

MIRI - Seorang kru kapal penyelenggaraan minyak dan gas Dayang Topaz maut selepas kapal berkenaan karam di perairan kira-kira 7.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd