• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Pemain T-Team Masih Di HRPZ II Kelantan

oleh Ahmad Albab
01/07/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Jenazah David Faramola Oniya, pemain T-Team yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 14 Jun lepas masih ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata jenazah pemain pertahanan kelab itu masih belum dituntut oleh pihak pengurusan pasukan ataupun kerajaan negeri Terengganu untuk proses selanjutnya.

“Kita masih belum menerima apa-apa keputusan dari pihak pengurusannya atau kerajaan negeri Terengganu sama ada ingin dikebumi (di Malaysia) ataupun dibawa pulang ke negara asal,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berharap pihak bertanggungjawab terhadap pemain itu agar dapat membuat keputusan yang terbaik berhubung pengurusan jenazah mendiang Oniya itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Ismail Md Noor ketika dihubungi berkata proses membawa pulang jenazah pemain T-Team itu akan diuruskan oleh kerajaan negeri Terengganu.

“Kerajaan negeri Terengganu yang uruskan proses itu. Saya rasa ia mungkin selesai dalam beberapa hari lagi,” katanya.

Pemain kelahiran Lagos, Nigeria, berusia 30 tahun itu dilaporkan rebah ketika perlawanan persahabatan dengan Kelantan berlangsung selama tiga minit di Stadium Sultan Muhammad IV di sini.

Pemain itu yang kemudiannya dihantar ke HRPZ II disahkan meninggal dunia pukul 10.05 malam. – BERNAMA

 

Tags: pemain bola sepakT-Team
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

16/08/2024
0

Seorang pemain bola sepak amatur yang gambarnya membawa kerambit tular di media sosial, dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Sesyen di...

Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Suspek Kes Baling Bom Petrol

Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Suspek Kes Baling Bom Petrol

15/08/2024
0

PUTRAJAYA - Pemain bola sepak amatur yang ditahan kerana membawa kerambit adalah suspek kes membaling bom petrol di sebuah pusat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd