• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Industri Rokok Elektronik Semakin Berkembang

oleh Ahmad Albab
28/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEWUJUDAN kedai penjualan rokok elektronik tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di negara ini.

Malah, pengusaha rokok elektronik di negara ini mendapat pulangan lumayan apabila produk tersebut dieksports ke Jepun dan Taiwan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengambil berat mengenai peningkatan trend penggunaan alat tersebut dikalangan remaja bawah umur di negara ini.

Industri rokok elektronik di Malaysia merupakan yang kedua terbesar di Malaysia selepas Amerika Syarikat (AS) selain dianggap sebagai industri terbesar di Asia.

Perkara itu didedahkan Ibrahim Mohamed, penganjur bersama Konvesyen Vaporizer Kuala Lumpur 2015, baru-baru ini.

Anggaran tersebut adalah berdasarkan permintaan terhadap produk rokok elektronik buatan Malaysia.

Vaper atau pengguna rokok elektronik akan menggunakan sistem penghantaran nikotin elektronik (ENDS) atau e-rokok untuk menyalurkan cairan kimia berwap ke dalam paru-paru mereka.

Setiap alat itu mempunyai sistem pengewapan elektronik dan kawalan, bateri boleh cas semula dan katrij mengandungi pelbagai cecair nikotin yang akan menghasilkan wap.

Apabila pengguna menyedut rokok e-elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya.

Ibrahim berkata, trend ini bermula di Lembah Klang dan Johor tetapi semakin berkembang di Ipoh, Kedah dan Pulau Pinang.

Beliau percaya terdapat satu juta vaper di seluruh negara dengan kira-kira 10 peratus daripadanya berusia di bawah 18 tahun.

“Kami mempunyai 35,000 tetamu yang menghadiri konvesyen vaporiser yang pertama di Malaysia.

“Terdapat sekurang-kurangnya 1,000 kedai menjual produk tersebut di seluruh negara dengan lebih 400 alat rokok elektronik tempatan dan pelbagai jenis cairan nikotin.

“Produk buatan Malaysia mempunyai permintaan tinggi dari negara luar,” katanya.

Beliau berkata rokok elektronik versi premium boleh mencecah RM4,000 dengan cairan nikotin berkualiti berharga RM300 setiap 30ml.

Walaupun kebanyakan ibu bapa berpandangan bahawa ia sekadar satu trend remaja, vaper mendakwa ia boleh membantu perokok untuk berhenti merokok.

Aimran Abdul Rajak, rakan kongsi di Vape Empire, pengedar terbesar produk tersebut di negara ini berkata, pasaran di Malaysia mungkin lebih besar berbanding AS dan sedang berkembang dari segi jenama dan produk yang dijual.

Katanya, kos bagi kit permulaan berharga antara RM200 dan RM400.

“Ia adalah satu industri yang besar, bukan bersifat sementara,” katanya.

Beliau berkata vaping mempunyai ramai pengikut di sini walaupun kekurangan pengiklanan kerana ia membantu perokok seperti dirinya untuk meninggalkan tabiat itu.

Kini, pengedar mempunyai beratus-ratus penjual dibawah mereka dan mengambil pesanan melalui media sosial atau telefon bimbit.

Ibrahim turut menggesa agar produk tersebut dikawal selia seperti industri alkohol.

Katanya, keadaan pada hari ini semakin berbahaya kerana kita tidak tahu siapa yang membeli, menjual, membuat rokok elektronik dan cairan nikotin.

Aimran, bagaimanapun, merasakan bahawa hanya cairan yang mengandungi nikotin perlu dikawal selia.

Dia berkata, cairan tersebut diperbuat daripada bahan tambahan pada makanan biasa.

“Sekiranya ‘apa sahaja yang pelik’ dicampur, ia tidak akan menghasil wap ketika disedut.

“Kita memerlukan beberapa jenis peraturan kerana vaping benar-benar boleh menyumbangkan kepada sektor kesihatan dan ekonomi,” katanya.

Walaupun menyedari kesan jangka panjang vaping tidak diketahui, dia berkata, kesan negatif rokok telahpun didokumenkan.

“Jadi, tidakkah vaping menjadi alternatif yang lebih baik?,” soalnya. – mStar Online

Tags: KKMrokok elektronik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd