• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HSNZ Sasar Peningkatan 10% Kutipan Darah Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menyasarkan peningkatan kutipan darah sebanyak 10 peratus iaitu 16,000 unit darah sepanjang tahun ini berbanding 14,892 unit darah tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Terengganu Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata keperluan darah oleh pesakit di hospital seluruh Terengganu semakin bertambah berikutan wujudnya hospital dan perkhidmatan perawatan baharu.

“Ia juga disebabkan kemalangan jalan raya, pembedahan utama, rawatan penyakit seperti thalasemia, anemia, hemofilia dan leukimia yang memerlukan darah setiap masa dan kerana itulah, Unit Transfusi Darah memerlukan simpanan darah yang mencukupi untuk keperluan tersebut sepanjang masa.

“Sehubungan itu saya berharap masyarakat akan terus menderma darah mereka kepada pihak hospital…terutama sepanjang Ramadan tidak lama lagi yang dijangka akan berlaku penurunan dalam kutipan darah,” katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Penderma Darah Sedunia peringkat negeri Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohamad Omar.

Muhammad Pehimi berkata 234 program kempen derma darah diadakan sepanjang tahun lalu, manakala sehingga akhir Mei 2015 sebanyak 112 kempen derma darah dijalankan dengan jumlah darah yang dikutip sebanyak 6,180 unit beg darah.

Katanya jumlah kutipan darah paling tinggi dicatatkan oleh institut pengajian tinggi awam dan swasta serta pusat latihan apabila mengadakan program berkala berdasarkan kemasukan pelajar dan pelatih bagi setiap sesi pengajian atau kursus yang dianjurkan oleh persatuan atau pertubuhan yang ada.

“Namun, bekalan darah dijangka berkurangan menjelang Ramadan tidak lama lagi diikuti Hari Raya Aidilfitri, cuti umum yang panjang dan cuti sekolah dan ini sudah pasti akan menjejaskan perawatan kepada pesakit yang amat memerlukan.

“Saya difahamkan Unit Transfusi Darah memerlukan masa antara dua hingga tiga minggu untuk stok darah mereka mencapai kembali ke paras selamat setelah berkurangan semasa bulan Ramadan dan awal bulan Syawal dan berharap masyarakat akan terus menderma darah pada waktu malam selepas solat Tarawih di masjid yang telah dikenal pasti,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: derma darahhospital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

23/12/2025
0

SHIMLA (India): Seorang pesakit lelaki berusia 36 tahun mendakwa menjadi mangsa serangan fizikal oleh dua orang doktor di Indira Gandhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd