SEPERTI semua maklum, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, semalam.
BACA: Hanis Zalikha, Hairul Azreen Sah Bergelar Suami Isteri
Dalam pada itu, muncul kisah menarik mengenai aktor lelaki ini yang memilih untuk menghadiahkan sebuah kereta berjenama Mitsubishi kepada ibunya sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang sebelum bergelar seorang suami.
“Hadiah terakhir sebelum saya kahwin kepada mak tercinta, terima kasih mak abah jaga Fendi dengan baik selama 27 tahun ini tak terbalas jasa dan pengorbanan mak abah,” tulis Hairul dalam laman Instagramnya sehari sebelum melangsungkan pernikahan.
Gambar dan kapsyen tersebut sekali gus mendapat perhatian peminat hiburan yang nyata memuji sikap Hairul yang cuba membahagiakan ibunya dan dalam masa yang sama menyediakan kelengkapan untuk isterinya kini.
Bertuah sungguh ibu Hairul kerana memiliki anak yang benar-benar menyayangi dan mengasihi kedua ibu bapanya.

Semoga apa yang dilakukan Hairul menjadi contoh buat orang ramai agar menghargai ibu bapa tercinta selagi mereka masih ada di dunia. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=wIgHbP9khUU
https://www.youtube.com/watch?v=GrkXo1BYOzA
Oleh: CARRIE
