• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa: Wang Ehsan RM10,000 Kepada Keluarga Mangsa

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANAU – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam bencana gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Sabah pada Jumaat lepas .

Muhyiddin berkata RM5,000 daripada bantuan wang ehsan itu, yang diperuntukkan kepada warganegara Malaysia sahaja, adalah sumbangan kerajaan persekutuan manakala RM5,000 lagi daripada kerajaan negeri Sabah.

“Pihak kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri akan membantu (keluarga) mereka yang terkorban. Kita putuskan berdasarkan formula yang kita
guna pakai dalam soal beri bantuan bencana. Mungkin boleh digunakan untuk mengurus jenazah, pengebumian dan sebagainya,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat berhubung kejadian gempa bumi itu di sini hari ini. Terdahulu, beliau melawat lokasi di Ranau bagi meninjau kerosakan dialami akibat bencana berkenaan.

Timbalan perdana menteri berkata mangsa gempa bumi yang tercedera pula akan menerima bantuan wang ehsan bernilai RM2,000 manakala mangsa yang berada di lokasi gempa tetapi tidak cedera namun trauma dengan kejadian itu akan diberi bantuan RM1,000.

Katanya bantuan wang ehsan berkenaan akan diagihkan dalam tempoh segera kepada bakal penerima berdasarkan daftar yang ada.

Mengenai mangsa yang bukan warganegara Malaysia, Muhyiddin berkata mereka tidak akan diberi wang ehsan, sebaliknya bantuan dalam bentuk lain seperti mereka dibawa turun dari Gunung Kinabalu serta dihantar balik ke negara asal dengan sebahagian daripada mereka telahpun dihantar pulang.

Beliau berkata bantuan sedemikian adalah tanggungjawab kerajaan Malaysia dan kerajaan akan terus melaksanakan tanggungjawab berkenaan. – BERNAMA

Tags: Gempa Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Lemah Landa Ranau Pagi Ini – Jabatan Meteorologi

30/12/2015
0

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah melanda daerah Ranau di Sabah dengan kekuatan 3.2 pada skala Richter pada pukul...

Penjawat Awam Mangsa Gempa Bumi Boleh Buat Tuntutan Insurans

03/07/2015
0

KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang menjadi mangsa gempa bumi di Sabah baru-baru ini, dinasihatkan mengemukakan tuntutan insurans bencana alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd