• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Ranau Dan Sekitarnya Dinasihatkan Berwaspada

oleh Ahmad Albab
06/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Metereologi menasihatkan penduduk di Ranau, Sabah dan sekitarnya supaya berwaspada kemungkinan berlaku gempa bumi susulan dalam masa 24 jam.

Jurucakap jabatan itu ketika dihubungi Bernama berkata kebiasaannya jika berlaku gegaran seperti ini akan berlaku gempa susulan dalam masa satu jam sehingga 24 jam selepas kejadian.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi tadi.

Gegaran itu dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Sementara itu di RANAU, beberapa struktur bangunan,termasuk premis perniagaan dan kemudahan perniagaan, mengalami kerosakan kecil akibat gempa bumi itu.

Seorang penduduk Yunus Muhamad ketika dihubungi berkata pintu kaca sebuah bank berkecai akibat gegaran itu manakala dinding sebuah lagi bank dan sebuah pasar raya mengalami keretakan.

“Satu daripada kubah kecil Masjid Pekan Ranau juga mengalami kerosakan,” katanya.

Bagaimanapun Yunus berkata urusan harian penduduk Ranau berjalan seperti biasa dan premis perniagaan seperti bank serta kedai-kedai masih beroperasi.

Mengulas kejadian pagi tadi, Yunus seorang pekerja bank berkata ketika kejadian dia berada di kebun berhampiran rumahnya, dan dapat menyaksikan jambatan utama di Sungai Liwagu yang menjadi laluan utama ke pantai timur Sabah bergoyang.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin mengesahkan beberapa premis perniagaan dan bangunan kerajaan di daerah Ranau mengalami keretakan dan anggota bomba sudah diarahkan membuat pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan tiada mangsa terperangkap. – BERNAMA

 

Tags: gempa bumiSabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempa Bumi: Aktiviti Mendaki Gunung Kinabalu Dibatal

Next Post

Henti Sebar Khabar Angin Cuti Umum Susulan Gempa BumiSabah

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Gegar Istanbul

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Gegar Istanbul

23/04/2025
1

ISTANBUL - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Türkiye pada Rabu dengan pusat gempa terletak di Daerah Silivri, Istanbul,...

Next Post

Henti Sebar Khabar Angin Cuti Umum Susulan Gempa BumiSabah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd