• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Cedera Parah Dua Gerabak Roller Coaster Bertembung

oleh Ahmad Albab
05/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

EMPAT cedera parah selepas permainan ‘roller coaster’ yang dinaiki mereka bertembung dengan satu gerabak kosong yang lain dalam satu insiden di taman tema Alton Towers di England.

Malah keempat-empat mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki itu terpaksa terkandas selama dua jam sebelum mereka diselamatkan oleh pasukan kecemasan.

Portal Mirror melaporkan jeritan mereka pada ketinggian 25 kaki menggemparkan orang ramai ketika pasukan kecemasan berusaha untuk operasi menyelamat.

Seorang lelaki memuat naik kenyataan di akaun Twitter: “Ada yang tak sedarkan diri, pengsan. Banyak darah. Ia sungguh mengejutkan.”

Pasukan kecemasan mengambil masa lebih lima jam untuk menyelamatkan 12 mangsa lain.

Ketua pasukan kecemasan menyifatkan mangsa yang lain sebagai ‘cedera ringan’.

Mangsa yang cedera parah merupakan dua remaja perempuan berusia 17 dan 18 tahun, dua lelaki masing-masing berusia 19 dan 27 tahun.

Mereka merupakan antara 16 mangsa yang menaiki gerabak ‘roller coaster’ dengan kelajuan 81 kilometer sejam itu sebelum ia merempuh sebuah lagi gerabak lain yang kosong di landasan yang sama.

Dilaporkan, gerabak yang kosong itu sedang diuji untuk tujuan pemeriksaan ketika kejadian berlaku. – mStar

https://youtu.be/LbRddVzLh6o

Tags: roller coaster
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

20 Pelancong Cemas Roller Coaster Dinaiki Rosak

01/02/2019
0

SEKUMPULAN pelancong berhadapan detik cemas apabila roller coaster yang dinaiki mereka rosak secara tiba-tiba. Menerusi kejadian di LIHPAO Discovery Land,...

Kapal Pelayaran Dipasang Roller-Coaster

22/12/2018
0

FLORIDA - Syarikat perkapalan antarabangsa, Carnival Cruise Line bercadang melancarkan sebuah kapal pelayaran mewah baharu bersama trek roller-coaster menjelang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd