• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Bertafakur Peringati Mangsa Gempa Sabah

oleh
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat yang memulakan mesyuarat hari Isnin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi terburuk yang melanda Sabah pada Jumaat lepas.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said menzahirkan perasaan sedih dan simpati tidak terhingga kepada keluarga dan semua mangsa yang terlibat dalam bencana tersebut.

“Dewan Rakyat mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan serta berharap usaha mencari, menyelamat dan membantu mangsa yang masih hilang dipermudah.

“Dewan juga berharap agar keluarga mangsa kekal tabah dan cekal dalam mengharungi dugaan ini,” katanya ringkas sebelum sesi persidangan itu bermula.

Datuk Ismail kemudian meminta semua anggota Parlimen berdiri serta menghadiahkan bacaan al-Fatihah dan bertafakur selama seminit.

Gempa bumi terkuat dalam sejarah berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.17 pagi Jumaat itu, turut dirasai di kawasan lain seperti Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Setakat semalam, bencana alam itu meragut 16 nyawa, termasuk lapan warga Singapura yang mendaki Gunung Kinabalu. Dua lagi mangsa, seorang murid dan guru rakyat Singapura masih hilang. – BERNAMA/H.A.AMREE

Tags: gempaRichterSabahSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd