SESUAI dengan peribahasa Melayu ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, anak bongsu David Beckham, Harper, 3, dilihat sudah mengikut sedikit sebanyak jejak langkah ayahnya itu.
Walaupun Harper satu-satunya anak perempuan David buat masa ini, dia tidak kisah untuk menurunkan ilmu serta kepakarannya kepada anak-anak.
Menerusi laman sosial instagram milik pemain bola sepak popular itu, David memuat naik gambar comel Harper yang sedang menendang bola ke gawang gol.
David turut sertakan kapsyen yang menuju kepada pemain bola profesional yang juga seorang wanita, Mia Hamm.
https://instagram.com/p/3iugnuzWUC/?taken-by=davidbeckham
Hebat tak gaya Harper? Tak semestinya perempuan dia harus iku jejak langkah ibunya, Victoria Beckham yang juga pereka fesyen terkenal. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Pitt