• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Jadi Sasaran Kecaman Perwakilan PAS!

oleh Ahmad Albab
05/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa perwakilan PAS mengambil kesempatan dalam ucapan mereka pada Muktamar PAS 2015 di Kuala Selangor, Selangor mengecam DAP kerana kebiadapan parti itu mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mereka turut menggesa barisan kepimpinan baharu PAS yang dipilih semalam mengambil tindakan tegas ke atas golongan pro-pakatan rakyat dalam PAS kerana turut menyerang keperibadian Abdul Hadi dalam kempen pemilihan PAS sebelum ini.

“Serangan yang dilakukan ini sehinggakan pelapor konspirasi ditohmah sebagai mencari publisiti,” kata Perwakilan Pahang, Nazri Ahmad.

Perwakilan Kelantan, Datuk Dr. Mohd. Fadhli Hassan pula berkata, DAP tidak sensitif dan cuba mencampuri isu hudud dan meminta parti itu tidak lagi mencampuri usaha PAS tersebut.

“Isu hudud dikatakan tidak termasuk dalam dasar kebersamaan tahaluf siyasi di dalam Pakatan Rakyat. Namun, PAS telah memperjuangkan isu hudud sejak 25 tahun lalu,” tegasnya.

Beliau mengakui kerjasama dengan DAP memberi banyak keuntungan kepada PAS tetapi PAS telah mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Perwakilan Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad menyelar kenyataan-kenyataan DAP berhubung PAS sejak akhir-akhir ini yang dianggap beliau sebagai tidak matang.

Perwakilan Kedah, Abd. Ghani Haji Ahmad pula mahu ahli PAS mempertahankan Dewan Ulama PAS Pusat dan mereka diberi kefahaman tentang kepentingan perkara itu.

Perwakilan Selangor, Shafie Ngah. dalam ucapan beliau mengharapkan pimpinan baharu yang kini dikuasai golongan pro-ulama PAS diberi peluang untuk mentadbir parti dengan baik. – mynewshub.cc

 

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd