• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Rondaan Basmi Gejala Ponteng Puasa

oleh Ahmad Albab
17/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Sungai Siput meminta kerajaan Perak mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas umat Islam yang tidak berpuasa pada Ramadan tahun ini.

Ketuanya, Isran Fahmi Ismail berkata, pihaknya antara lain meminta pihak berkuasa tempatan di Perak memperhebatkan rondaan dari pagi hingga waktu berbuka bagi menangani gejala ponteng puasa.

“Pihak bertanggungjawab perlu mengenal pasti kawasan tumpuan kaki ponteng puasa dan memberi amaran keras kepada mereka agar tidak bersubahat dengan kaki ponteng puasa serta mengenakan tindakan tegas bagi peniaga yang ingkar.

“Pihak berkuasa perlu memperketatkan kawalan rondaan bermula pagi hingga menjelang berbuka bagi menangani gejala ponteng puasa. Kaki ponteng puasa bukan sahaja tertumpu di premis makanan sahaja malah di kafe siber, pusat snuker, pusat karaoke dan seumpamanya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Isran Fahmi berkata, kerajaan Perak tidak boleh menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab membasmi gejala tidak berpuasa kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Katanya, kerajaan negeri perlu mengerakkan semua agensi kerajaan yang boleh membantu termasuk Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

“Badan bukan kerajaan (NGO), badan dakwah dan organisasi perlu diberi kuasa kepada mereka untuk menanganinya bersama-sama,” katanya. – mynewshub.cc

 

https://www.youtube.com/watch?v=ncTz-06VV2M

Tags: PASpuasa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd