• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buruh Hadapi Sembilan Tuduhan Palsukan Lesen Memandu, Cukai Jalan

oleh Ahmad Albab
23/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap sembilan pertuduhan membabitkan pemalsuan lesen memandu dan cukai jalan kenderaan, pada pertengahan bulan ini.

Mohammad Toha Sujari, 59, didakwa memalsukan enam lesen memandu dan tiga cukai kenderaan di rumahnya di Jalan Mawar 40, Taman Mawar, Pasir Gudang, di sini, kira-kira 4 petang, 14 Jun lepas.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat untuk tujuan penipuan iaitu menjadikan semua dokumen terbabit sebagai tulen.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar menawarkan wang jaminan RM30,000 bagi semua pertuduhan itu, namun, Mohammad Toha yang tidak diwakili peguam, memohon jumlah itu dikurangkan.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Alias kemudian menetapkan wang jaminan RM24,000 bagi kesemua pertuduhan terbabit dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahLesen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

16/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terbabit dalam nahas meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd