• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Tubuh Parti Baru, PasMa & Progresif PAS Dah Bercakar

oleh Ahmad Albab
25/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU wujud ura-ura tentang penubuhan parti baru dari serpihan ahli PAS iaitu organisasi politik PasMa dengan progresif PAS, tapi cerita kurang enak sudah diperkatakan umum iaitu tentang ketidaksefahaman antara kedua-dua pihak tersebut.

Isunya bermula setelah Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan bahawa PasMa atau Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia tidak mempunyai daya tarikan yang cukup dengan akar umbi untuk memimpin sebuah parti baru.

Untitled

Mungkin ‘sentap’ dengan kenyataan pedas itu, presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi membidas ujaran Hanipa dengan berkata, tindakan G18 yang memandang rendah terhadap pihak lain menjadi punca kepada kekalahan geng tersebut pada Muktamar Tahunan PAS yang lalu.

Katanya kepada portal Free Malaysia Today, “Kalau beginilah sikap mereka, patutlah mereka kalah kepada ustaz-ustaz muda dengan ustaz pondok pada pemilihan PAS.

“Mereka mengambil remeh terhadap keupayaan orang lain sebab itu mereka kalah dengan kumpulan yang tidak berpengalaman.

“Tengoklah natijahnya mereka dah kalah. Mereka dah kalah sedangkan kumpulan ini orang yang hebat.

“Bagaimana mereka kata cukup berpengaruh tetapi tetapi tetap kalah? Sepatutnya mereka mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku.”

Melalui kemas kini terbaru di laman Facebook rasminya pula, PasMa mengeluarkan kenyataan kecewa terhadap tindakan salah seorang ahli dalam G18, iaitu Dr Dzulkefly Ahmad yang enggan mengaitkan G18 dengan pertubuhan politik itu.

Untitled

Alahai, kesian betul dengan nasib yang menimpa PasMa. Sudahlah gerakan tersebut tidak mendapat sokongan ramai, dan kini ia dilihat semakin tidak relevan setelah keinginannya untuk menjalinkan kerjasama dengan G18 ditolak mentah-mentah.

Macam manalah nak tubuhkan sebuah parti yang kononnya mampu mendaulatkan Islam kalau sesama sendiri pun sudah bercakaran.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Hadi Awang Persilakan PasMa Tinggalkan Bahtera PAS

Tags: Muktamar PASpakatan rakyatPASPASMAphahrolrazipolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd