• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beca Jadi Tarikan Waktu Malam Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
03/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Beca akan dijadikan tarikan pelancong di waktu malam di Terenganu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Beliau berkata aktiviti itu akan diserahkan kepada golongan muda untuk berkayuh secara sambilan dari pukul 8 hingga tengah malam.

“Becanya akan disediakan pihak kerajaan negeri dengan setiap anggota exco akan diminta menyediakan sebuah beca dan menjadikannya sebagai beca angkat mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata antara lokasi yang dirancang untuk pelancong dibawa bersiar-siar ialah di sekitar Bandar Warisan Pesisir Air dari Pejabat Pos ke Shahbandar dan hingga Kampung Cina atau dari Pejabat Pos ke Paya Bunga Square.

“Daripada golongan muda membuang masa di waktu malam, lebih baik mereka mengayuh beca untuk mendapat pekerjaan dan pendapatan tambahan,” katanya dan menambah beca yang akan digunakan adalah berbentuk lebih menarik sesuai dengan cita rasa orang muda.

Sementara itu Mohd Jidin berkata kerajaan negeri tidak akan meminggirkan 54 pengayuh beca veteran dan akan memikirkan lebih banyak inisiatif untuk membantu mereka.

Misalnya tahun ini kerajaan negeri memberi RM200 sebagai insentif kepada golongan itu, katanya. – BERNAMA

 

Tags: becaTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd