BERIKUTAN gambar viral nasi goreng tiada GST yang dimuat naik oleh Datuk Ahmad Maslan di halaman Twitternya, beliau tampil memperjelaskan makna di sebalik gambar tersebut.
Melalui sebuah video, Ahmad Maslan mengakui beliau sengaja membangkitkan sesuatu yang unik di laman sosial supaya rakyat memberi perhatian tehadap maklumat yang ingin disampaikannya.
Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, gambar yang dimuat naiknya itu bertujuan bagi memberitahu kepada rakyat bahawa segala bahan-bahan masakan yang digunakan tidak dikenakan GST.
https://www.youtube.com/watch?v=iz3Sll7ra_I&feature=youtu.be
“Tiada GST sagala bahan-bahan ramuan yang digunakan itu? Saya kata betullah, Sebab beras nasi tiada GST, minyak masak tiada GST, gas masak tiada GST, kemudian daging, ayam yang saya potong-potong masuk dalam nasi goreng itu semuanya tidak dikenakan GST termasuklah segala garam, gula dan telur,” katanya.
Kemudian Ahmad Maslan menzahirkan kemusykilan mengapakah gambar yang dikongsikannya itu mendapat ‘sambutan’ sedangkan isu pembangkang yang bergolak tidak sebegitu popular di laman Twitter.
“Apabila saya cerita mengenai pembangkang berpecah, PasMa akan tubuhkan parti baru hanya empat orang yang retweet . Tapi bila saya sebut pasal masak tu, ribuan maklumbalas yang diterima, pelik jugalah†katanya.
Beliau turut mengulas kritikan pengguna laman sosial terhadap cara hiasan seni timun dan cili yang tidak dibuang pangkalnya itu.
“Memang saya buat hiasan macam tu, apa boleh buat memang saya suka begitu… saya angkat kuali dan terus hidang bersama hiasan di tepi kuali.. itu memang kaedah saya… lepas tu ada pula yang sokong, dia kata saya itu memang style Perancis.
Apa-apa pun, gambar aksi Ahmad Maslan bersama nasi goreng berserta hirisan timun dan cili itu telah menjadi ‘ikutan’ di media sosial apabila terdapat pengguna yang meniru aksi beliau.
Ada juga yang menyifatkan gambar tersebut hanyalah lakonan semata-mata disebabkan terdapat botol penyembur serangga yang diletakkan sebelah dapur dan keadaan cili yang masih bertangkai dijadikan hiasan.
Persoalan yang paling besar di sini ialah Ahmad Maslam sebelum ini memberitahu bahawa perlaksanaan GST akan menguntungkan rakyat, namun mengapakah beliau dilihat amat bersungguh-sungguh memberitahu cara mengelak GST pula?
Lihat sahaja Tweet terbaru daripada beliau hari ini, tak habis-habis nak ‘promosi’ nasi goreng tiada GST-nya.
Oleh: hzq