• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asmuni Awi Tiada Roh PAS!

oleh Ahmad Albab
10/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam yang juga ahli PAS, Wan Rohimi Wan Daud menganggap Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS baru-baru ini, Asmuni Awi sebagai ahli parti yang tidak mempunyai roh PAS.

Kata beliau, Asmuni dan bekas pemimpin PAS yang disingkirkan dalam pemilihan PAS awal bulan ini sengaja mahu menyumbang kekeliruan kepada orang ramai berhubung keputusan Muktamar PAS 2015 meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

“Asmuni berhujah bersandarkan Fasal 7(1) dan (3) Perlembagaan PAS. Beliau tampil dengan konklusi yang muluk. Katanya, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan.

“Malang sekali, segelintir bekas pimpinan PAS yang berpuluh tahun bernaung dibawah Perlembagaan PAS, tidak mampu menghayati ruh dan semangat kepimpinan Ulama sebagai benteng akhir untuk mempertahankan hukum tertinggi PAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asmuni berkata, usul memutuskan kerjasama dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas oleh muktamar PAS 2015 hanya sebagai pencetus di peringkat akar umbi dalam keadaan sudah mengetahui bahawa hal tahaluf siyasi dibawah bidang kuasa Majlis Syura Ulama.

Malah, katanya, MSU tetap boleh memutuskan kerjasama politik sekiranya mendapati enam syarat tahaluf telah dicabul oleh DAP, tanpa perlu merujuk kepada muktamar.

“Tidak kurang juga ramai bekas pimpinan kanan PAS yang tersungkur, mengeluarkan kenyataan yang sama. Senada dan seirama. Itulah rentak dan tari mereka.

“Saya tidak berhajat menelah motif kenyataan-kenyataan sedemikian, cukuplah Allah menjadi saksi keikhlasan perjuangan mereka,” katanya. – mynewshub.cc

 

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd