• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Cadang Bot Nelayan Pasang Alat Pengesan ‘Cospas-Sarsat’

oleh Ahmad Albab
01/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mencadangkan setiap bot nelayan memasang alat pengesan ‘Cospas-Sarsat’ bagi memudahkan pengesanan jika berlaku sebarang kecemasan di laut.

Ketua Penguatkuasa Wilayah Maritim Timur APMM Laksamana Pertama Maritim Mamu Sadi Alee berkata alat berkenaan merupakan satu sistem satelit yang direka untuk memberi amaran kecemasan dan data lokasi sesebuah kapal yang diperlukan dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Alat itu boleh mengesan dan menentukan kedudukan isyarat yang beroperasi pada 406 megahertz (MHz),” katanya ketika berucap merasmikan Latihan Mencari dan Menyelamat (Sarex) Siri 9 Peringkat Wilayah Maritim Timur di Pejabat APMM Daerah 10 Tok Bali di sini, hari ini.

Latihan yang diadakan tiga hari itu disertai 18 agensi keselamatan termasuk Majlis Keselamatan Negara, Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam.

Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau berkata setakat ini hanya kapal-kapal besar menggunakan alat itu, dan pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Perikanan yang mempunyai kuasa untuk mewajib atau menggalakkan bot-bot nelayan lain untuk memasang alat berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mamu berkata APMM Wilayah Timur telah mengendalikan 235 kes mencari dan menyelamat sejak 2006.

“APMM Terengganu mengendalikan 117 kes diikuti APMM Pahang (88 kes) dan APMM Kelantan (30 kes).

“Daripada jumlah itu, kes lemas merupakan yang tertinggi iaitu 83 kes, diikuti 34 kes kapal yang mengalami kerosakan dan 29 kes kapal karam,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: APMMNelayan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Won Bin, Lee Na Young Bergelar Suami Isteri

Next Post

Lelaki Myanmar Ditemui Mati Dengan Kecederaan Di Kepala

Related Posts

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

09/12/2024
0

Johor Bahru : Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini atas enam...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

Next Post

Lelaki Myanmar Ditemui Mati Dengan Kecederaan Di Kepala

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd