• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar: PKR Fail Permohonan Kepada Kumpulan Kerja PBB

oleh Ahmad Albab
17/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan permohonan kepada Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha parti itu membebaskan Ketua Umum PKR tersebut.

Anak Anwar yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berkata, permohonan itu telah difailkan secara rasmi pada 15 Jun lalu oleh peguam bapanya, Jared Genser dan R.Sivarasa.

“Minggu ini menyaksikan dua usaha berjalan seiringan dalam memastikan Anwar dibebaskan daripada hukuman penjara. Pertama, pagi ini, Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali menghantar notis permohonan petisyen (rayuan) untuk membebaskan Anwar kepada pejabat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Yang Dipertua Dewan Rakyat) di bawah Peraturan Mesyuarat 19 Dewan Rakyat.

“Kedua, pada hari Isnin bertarikh 15 Jun 2015 sebuah permohonan juga telah difailkan secara rasmi kepada Kumpulan Kerja PBB mengenai penahanan Anwar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR dijatuhi hukuman penjara lima tahun setelah disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 29, oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.

Kumpulan Kerja PBB mengenai Penahanan Tidak Sah adalah badan kehakiman Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang itu sendiri terdiri daripada 47 negara anggota.

Kumpulan itu mempunyai kuasa untuk menyiasat dan mengeluarkan pendapat perundangan mengenai kes-kes yang didakwa kehilangan hak kebebasan.

Nurul Izzah berkata, kedua-dua usaha membebaskan Anwar itu menyusul permohonan pendengaran semakan kes Liwat 2 ekoran kenyataan bersumpah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff.

Menurutnya, kenyataan bersumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman Sivil itu menyokong kuat pembelaan Anwar bahawa beliau adalah mangsa konspirasi politik dan wujudnya keterangan yang dipalsukan.

“Semakan penghakiman yang memuatkan keperluan mendesak melibatkan Ramli telah difailkan oleh peguam Latheefa Koya dan N.Surendran.

“PKR beserta keluarga Anwar tidak akan berganjak daripada usaha untuk membebaskan beliau dan akan memanfaatkan semua ruang yang ada,” katanya. – mynewshub.cc

 

Tags: Anwar IbrahimPBB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akaun Twitter Palsu Ketua Pemuda Gerakan

Next Post

Nazir Razak Nafi Bakal Tubuhkan Parti Politik Baharu

Related Posts

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Presiden China, Xi Jinping Adakan Pertemuan Dengan PM Di Seri Perdana

Presiden China, Xi Jinping Adakan Pertemuan Dengan PM Di Seri Perdana

16/04/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden China, Xi Jinping tiba di Kompleks Seri Perdana di sini, bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Next Post

Nazir Razak Nafi Bakal Tubuhkan Parti Politik Baharu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd