• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Minta PAS Tarik Balik Usul Putus Kerjasama

oleh Ahmad Albab
11/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa kesal dengan keputusan muktamar PAS baru-baru ini meluluskan usul memutuskan kerjasama dengan DAP.

Beliau yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun berkata, PAS perlu mengkaji semula usul tersebut yang dilulus tanpa dibahas supaya ia tidak dilaksanakan oleh PAS.

“Saya amat prihatin dengan perkembangan terkini berkenaan Pakatan Rakyat yang telah diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem politik.

“Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah diterima di Muktamar PAS. Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini,” katanya.

Kata-kata beliau itu disampaikan kepada wakil Biro Politik PKR, N.Surendran yang bertemu dengan Anwar di Penjara Sungai Buloh semalam.

Anwar berkata, DAP telah lama menjadi rakan seperjuangan Pakatan Rakyat dan terus komited dengan perjuangan untuk membawa perubahan.

Malah, beliau memuji DAP kerana sentiasa bersama PKR dalam usaha memastikan Pakatan Rakyat terus utuh dan menjadi pilihan alternatif rakyat.

“Adalah menjadi harapan besar rakyat agar Pakatan Rakyat terus mara untuk menyelesai masalah-masalah politik dan ekonomi,” dakwa Anwar.

Surendran turut memaklumkan Anwar turut menghantar pesanan khusus berkenaan isu itu kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

- MYNEWSHUB.CC

Tags: Anwar IbrahimPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd