• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkasa Sedia Bantu Koperasi Baharu Staf MAS

oleh Ahmad Albab
06/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sedia membantu Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) yang merancang menubuhkan koperasi baharu untuk kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang diberhentikan.

Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata pihaknya boleh menawarkan khidmat nasihat dan kepakaran berhubung bidang perniagaan yang sesuai untuk diceburi koperasi baharu itu bagi menjana pendapatan dan mendapat pekerjaan baharu kepada kakitangan terlibat.

“Kita mengalu-alukan usaha MASEU menubuhkan koperasi baharu kerana ada di antara mereka yang diberhentikan menganggotai koperasi MAS, namun undang undang koperasinya menyebut mereka tidak boleh menjadi anggota jika tidak lagi berkhidmat dengan MAS.

“Ada di antara mereka yang membuat pinjaman dengan koperasi MAS dan ini mungkin menimbulkan masalah jika mereka bukan lagi anggota. Sebab itu kami sedia berbincang dengan koperasi baharu untuk mencari penyelesaian kepada masalah berkaitan koperasi,” katanya.

Abdul Fattah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-17 Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Berhad di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Koperasi DBP, Mohammadan Makhtar Mohd Salleh.

Pada 31 Mei lalu, Presiden MASEU, Alias Aziz mengumumkan rancangan penubuhan koperasi baharu yang dijangka mula beroperasi Ogos ini untuk memudahkan permohonan bagi mendapatkan peluang pekerjaan baharu selepas anggotanya diberhentikan dalam penstrukturan semula syarikat penerbangan negara itu.

Abdul Fattah berkata ia langkah yang sesuai kerana beberapa peluang pekerjaan lebih mudah diluluskan di bawah permohonan koperasi, berbanding jika dilakukan secara individu.

Beliau juga memberitahu Angkasa akan membantu koperasi yang terlibat dengan kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter di 12 daerah di Sabah semalam, namun pihaknya masih menunggu jumlah koperasi yang terjejas.

Selain itu, Abdul Fattah juga mencadangkan agar koperasi besar menjalin kerjasama dengan koperasi kecil dan mikro bagi membantu meningkatkan pendapatan dan memberi impak perniagaan kedua-dua koperasi itu.

Beliau memaklumkan hanya 10 peratus daripada 11,871 koperasi berdaftar sehingga 31 Dis 2014 merupakan koperasi bersaiz besar yang mempunyai perolehan RM5 juta ke atas untuk tempoh setahun.

Manakala 90 peratus lagi merupakan koperasi kecil yang jumlah perolehan mereka setahun ialah RM200,000, mikro (RM200,000 hingga RM1 juta) dan sederhana (RM1 juta hingga RM5 juta), katanya.

“Jalinan kerjasama yang dicadangkan adalah seperti program mentor-mentee yang tidak memerlukan dua koperasi itu untuk bergabung, namun boleh bersama-sama mencari peluang memajukan perniagaan untuk keuntungan kedua-dua pihak.

“Contohnya, koperasi DBP boleh bekerjasama dengan 2,313 koperasi sekolah kerana koperasi sekolah memerlukan perkhidmatan percetakan yang disediakan oleh DBP. Ini adalah situasi menang-menang ,” katanya.

Abdul Fattah berkata kerjasama itu juga dapat membantu koperasi kecil untuk melibatkan diri dalam lima bidang impak tinggi yang disenaraikan dalam Dasar Koperasi Negara iaitu perkhidmatan dan kewangan; pemborongan dan peruncitan; pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan; pertanian dan industri asas tani serta perladangan dan pembangunan hartanah dan industri pembinaan. – BERNAMA

 

Tags: AngkasaMAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

Virgin Galactic Bawa Pelancong Pertama Ke Angkasa

Virgin Galactic Bawa Pelancong Pertama Ke Angkasa

12/08/2023
0

WASHINGTON: Firma Virgin Galactic berjaya menghantar penumpang pertama ke angkasa, sekali gus menamatkan penantian misi selama hampir dua dekad. (Ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd