• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AFC, FIFA ‘Haram’ Indonesia Termasuk Piala Dunia 2018

oleh
04/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA — Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara rasmi pada Rabu melarang Indonesia daripada menyertai semua kejohanan antarabangsa kecuali perlawanan menerusi Sukan SEA 2015 yang kini berlangsung di Singapura.

Tindakan tegas itu susulan penggantungan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) pada 30 Mei kerana campur tangan langsung pemerintah sejak sebulan lalu.

Mengikut perlembagaan badan induk bola sepak dunia itu, PSSI melanggar Artikel 13 dan 17 apabila Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia enggan mengiktiraf dan menggantung semua liga tempatan republik tersebut.

Berikutan keputusan FIFA dan diikuti AFC, pasukan kebangsaan Indonesia ‘diharamkan’ mengikuti sebarang kejohanan di luar negara yang diiktiraf dua badan pentadbir bola sepak tersebut berkuat kuasa serta merta.

Bagaimanapun, PSSI terselamat apabila dibolehkan menyertai acara bola sepak pada Sukan SEA di Singapura kerana temasya serantau itu telah berlangsung lebih awal dan jadual perlawanan memang tidak boleh diubah lagi.

Baca: Indonesia ‘Haram’ Liga Bola Sepak Tempatan

Berikut adalah antara kejohanan antarabangsa anjuran FIFA dan AFC yang tidak boleh disertai Indonesia:

Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019: Indonesia kebetulan dalam kumpulan F pusingan kelayakan untuk dua kejuaraan ini; sekali gus jadual Indonesia pada Jun 2015 menentang Taiwan dan Iraq dibatalkan.

Piala AFC B-16 dan AFC B-19: Undian penentuan kumpulan bakal berlangsung pada Jumaat namun sekatan terhadap Indonesia telah diputuskan sebelum undian, maka jumlah pasukan setiap kumpulan tiada perubahan.

Kejohanan Serantau Wanita AFC B-14: Indonesia diletakkan dalam Kumpulan A, maka susulan pengharaman oleh FIFA, bererti Kumpulan A dan B masing-masing akan diisi hanya oleh empat negara.

Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2015: Indonesia dikeluarkan dari daftar penyertaan, ini bermakna mekanisme undian pun bakal diperbaharui, tetapi tidak begitu mempengaruhi jumlah pasukan dalam setiap kumpulan.

Kelayakan Piala Futsal AFC 2016 (Zon ASEAN): Indonesia sebenarnya adalah tuan rumah pusingan kelayakan, namun susulan larangan ini, Indonesia diminta AFC untuk mencari bakal tuan rumah pengganti.

Piala Dunia Futsal: Pasukan Indonesia tidak diizinkan mengikut serta dalam kejohanan Futsal AFC 2016, yang juga merupakan salah satu pusingan kelayakan untuk menempah masuk ke Piala Dunia Futsal.

Piala AFC 2015: Dua kelab elit Indonesia yang termasuk dalam 16 pasukan terbaik Asia, Persib Bandung dan Persipura Jayapura, secara automatik tidak lagi dibenarkan menyertai pusingan kelayakan seterusnya.

Program pembangunan: Indonesia tidak boleh menghantar pegawai, jurulatih, pengadil atau pemain untuk program pembangunan anjuran AFC dan FIFA termasuk kursus, seminar atau bengkel. — Agensi/H.A.AMREE

Tags: bola sepakFIFAIndonesiaPSSISukan SEA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Mati, 4 Cedera Ditembak Di Sebuah Kelab Malam Di Larkin

Next Post

Polis P.Pinang Rampas Ecstacy & Dadah Bernilai Hampir RM200,000

Related Posts

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

24/04/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan rakyat tidak perlu bimbang dengan turun naik pasaran saham selagi negara masih mampu...

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

14/04/2025
0

INDONESIA - Tupperware Indonesia secara rasmi menghentikan operasinya selepas 33 tahun berada dalam kehidupan rumah tangga rakyat negara itu. Menurut...

Next Post

Polis P.Pinang Rampas Ecstacy & Dadah Bernilai Hampir RM200,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd