• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Perampas Bersenjata Dilihat Atas Kapal MT Orkim Harmony

oleh Ahmad Albab
19/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya lapan perampas bersenjata dilihat berada atas kapal tangki Malaysia “MT Orkim Harmony” yang hilang pada Khamis lalu dan kini dikesan di perairan Kampuchea, demikian menurut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata kesemua mereka yang berada di kapal itu, yang dicat semula dan ditukar nama kepada ‘Kim Harmon’, bersenjatakan pistol dan parang.

Mereka juga bertutur dalam Bahasa Melayu loghat Indonesia, katanya dalam satu tweet.

“KD Terengganu sekarang sedang memujuk perompak-perompak yang berada atas kapal itu supaya menyerah diri dan berjanji mereka tidak akan diapa-apakan. KD
Terengganu sedang mengekori kapal tersebut dan berkomunikasi dengan Kapten kapal itu.

“Semua kru berada dalam keadaan selamat dan tidak diapa-apakan,” katanya.

“Kapal tangki yang membawa muatan petrol itu dilaporkan hilang pada 8.57 malam 11 Jun ketika dalam pelayaran dari Melaka di pantai barat ke Kuantan di pantai timur Semenanjung.

Kapal tangki itu milik Magna Meridian Sdn Bhd dan daripada 22 krunya, 16 daripada mereka warga Malaysia, lima rakyat Indonesia dan seorang warga Myanmar. – BERNAMA

Tags: KapalMT Orkim Harmony
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

04/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga...

Verstappen Laung Amaran Awal

Kapal Diserang Houthi Karam Di Laut Merah

03/03/2024
0

DUBAI: Sebuah kapal yang diserang kumpulan bersenjata Houthi Yaman karam di Laut Merah, sekali gus menjadi kapal pertama musnah sepenuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd