• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

780 Syarikat Berdaftar Gagal Kemuka Penyata

oleh Ahmad Albab
11/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Sebanyak 780 daripada 27,281 syarikat yang berdaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Pulau Pinang gagal mengemukakan penyata GST0-3 pada tarikh akhir 31 Mei lepas.

Pengarah Kastam Negeri, Datuk Zulkifli Yahya berkata, daripada jumlah terbabit seramai 6,027 peniaga yang memiliki perolehan tahunan RM5 juta ke atas wajib mengemukakan penyata setiap bulan.

“Kami memberi tempoh sehingga 14 Jun ini bagi memberi peluang kepada peniaga untuk mengemukakan penyata berikutan masih ramai lagi antara mereka yang keliru dengan cara pengiraan dan penghantaran penyata.

“Bagi peniaga yang perolehannya kurang daripada RM5 juta setahun, mereka boleh mengemukakan penyata tiga bulan sekali,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program GST Bersama Pelanggan di Kompleks Kastam Seberang Jaya, di sini hari ini.

Katanya, kegagalan peniaga mengemukakan penyata mengikut tempoh yang ditetapkan boleh didakwa mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dan boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu Zulkifli berkata, program itu akan dijalankan secara berterusan bagi meningkatkan pemahaman peniaga yang menghadapi masalah atau keraguan berhubung prosedur pengiraan penyata.

Katanya setakat ini, jemputan yang dihantar kepada peniaga melalui e-mel mendapat sambutan menggalakkan malah mereka memberi respons positif dengan berinteraksi dengan pegawai semasa sesi penerangan.

“Program ini akan diteruskan sehingga semua peniaga jelas dan faham cara pengiraan dan pengisian borang penyata yang boleh dihantar secara dalam talian atau manual,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: GSTSyarikat Tempatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd