• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Banduan Dapat Pengampunan Wira Demokrasi – PKR

oleh Ahmad Albab
19/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik pengumuman 11 banduan yang sedang menjalani hukuman di Penjara Tapah kerana terbabit dalam perhimpunan haram pada 2009 diberi pengampunan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, PKR turut berasa bersyukur semua banduan tersebut dapat kembali ke pangkuan keluarga mereka untuk menyambut bulan Ramadan kali ini.

“Mereka sebenarnya telah mempertahankan hak demokrasi dan keadilan yang menjadi prinsip yang dijunjung dalam sesebuah negara demokrasi namun mereka dan keluarga terpaksa bayar dengan hukuman penjara.

“Justeru, sewajarnya mereka disanjung tinggi kerana sanggup berkorban demi menegakkan negeri yang adil berlandaskan demokrasi,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Syed Ibrahim turut menyifatkan 11 banduan tersebut sebenarnya Wira Demokrasi yang mewarnai sejarah dan perjuangan demokrasi dalam negara.

Media semalam melaporkan 11 banduan yang sedang menjalani hukuman di Penjara Tapah kerana membabitkan diri dalam perhimpunan haram di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar pada 2009 diberi pengampunan oleh Sultan Perak.

Kesemua mereka dibebaskan serentak hari ini sekaligus membolehkan mereka menunaikan ibadah puasa dan menyambut Syawal bersama keluarga.

Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Perak Darul Ridzuan, Datuk Razali Othman dipetik berkata, Sultan Nazrin telah mempengerusikan persidangan lembaga pengampunan berkenaan semalam.

Persidangan itu bagi membentangkan rayuan yang dipersembahkan secara terus kepada baginda oleh 11 banduan berkenaan yang telah dikenakan hukuman penjara 10 bulan bermula 28 Mac lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: banduan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Inilah Muka 8 Lanun MT Orkim Harmony

Next Post

MAS Lantik Pegawai Pos Malaysia Jadi Setiausaha Syarikat

Related Posts

Banduan Warga Iran Ditahan Miliki Dadah Dalam Penjara Tapah

Banduan Warga Iran Ditahan Miliki Dadah Dalam Penjara Tapah

15/08/2024
0

Ipoh : Seorang banduan warga Iran yang sedang menjalani hukuman di Penjara Tapah didapati memiliki dadah jenis heroin, tengah hari...

Tidak Mengaku Salah Cabul Rakan Banduan

Tidak Mengaku Salah Cabul Rakan Banduan

31/05/2024
0

MELAKA - Seorang banduan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas atas pertuduhan mencabul kehormatan rakan sel penjaranya,...

Next Post

MAS Lantik Pegawai Pos Malaysia Jadi Setiausaha Syarikat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd