• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1.9 Juta Premis Diperiksa Dari Jan Hingga 3 Jun Lepas

oleh Ahmad Albab
05/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sebanyak 1.9 juta pemeriksaan terhadap premis telah dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bermula dari Jan hingga Rabu lepas.

Timbalan menterinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata daripada jumlah berkenaan pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap 87,531 premis di Pulau Pinang bagi memantau kesalahan yang dilakukan para peniaga di bawah Ops Catut.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 4,162 kes telah dicatatkan di seluruh negara dengan 276 kes adalah di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Raya Ria-Keceriaan Aidilfitri Anda 2015 di Pasar Raya Mydin, Bukit Jambul dekat sini Jumaat.

Ahmad Bashah berkata menerusi hasil pemeriksaan yang dilakukan dalam operasi bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pihaknya telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM520,836.

Selain itu Ahmad Bashah berkata KPDNKK juga turut melakukan rampasan terhadap peniaga yang melakukan kesalahan di seluruh negara bernilai RM654,595.

“Dalam pada itu kita turut memberikan notis kepada para peniaga bagi memohon penjelasan berhubung perbezaan harga yang dikenakan kepada pengguna sebelum ini dan selepas GST dilaksanakan.”

“Sebagai contoh jika ada yang mengadu barang makan di kedai dulu RM2 tapi kali ini naik kepada RM3.50, jadi kita bagi notis kepada kedai itu untuk memberikan penjelasan mengenai kenaikan harga itu dalam tempoh tiga hari, sekiranya mereka gagal berbuat demikian kita akan bawa kes ini ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata dalam tempoh enam bulan ini (Jan-Jun), 1,396 notis telah dikeluarkan kepada peniaga bagi menuntut penjelasan berhubung kesalahan yang dilakukan dan daripada jumlah itu 82 notis dikeluarkan di Pulau Pinang.

Berhubung kes dibawah tindakan kesalahan Ops Catut, Ahmad Bashah berkata sehingga semalam terdapat sembilan kes telah dibawa ke mahkamah dengan lima daripada kes itu tertuduh mengaku salah serta empat lagi minta dibicarakan.

Sementara itu, mengenai program Raya Ria, Ahmad Bashah berkata sembilan pasar raya antaranya Sunshine, Kamdar dan Mydin mengambil bahagian dalam kempen itu bagi memberi pilihan kepada pengguna untuk membeli-belah sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri ini dengan harga yang lebih murah. – BERNAMA

 

Tags: GSTKPDNKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd