• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong Singapura Paling Suka Curi Barang Hotel?

oleh
06/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pelancong warga Singapura berada antara senarai teratas ‘panjang tangan’ kerana suka mengambil barangan dari bilik hotel, menurut laporan disiarkan stesen milik pemerintah, Channel NewAsia pada Khamis.

Ia berdasarkan hasil kaji selidik trend pencuri hotel yang membabitkan 4,700 responden daripada 28 negara, dengan keputusannya, pelancong dari Singapura berada di kedudukan kedua tertinggi selepas Argentina.

Kajian secara rawak itu dilakukan laman tempahan hotel antarabangsa, Hotels.com, dari Mac sehingga April lalu dan berdasarkan keputusan, Singapura meraih 71 peratus, hanya kurang dua peratus daripada Argentina.

Gambar hiasan

Bagaimanapun, kaji selidik yang dijalankan mendapati kebanyakan mereka bukan pula mencuri barangan mewah, sebaliknya cuma mengambil peralatan kecil dan keperluan asas yang biasanya ada diletakkan di dalam bilik hotel.

Pelancong Singapura paling suka mengambil selipar iaitu sebanyak 53 peratus, manakala 35 peratus pula gemar mencuri peralatan menulis serta baki 12 peratus lagi membawa pulang buku dan majalah dari hotel penginapan.

Hotels.com turut melaporkan selepas Singapura, pelancong Sepanyol, Jerman dan Ireland antara pencuri terbesar, namun pelancong warga Amerika Syarikat berada pada kedudukan sederhana kebarangkalian mencuri di hotel.

Gambar hiasan

Dalam pada itu, pelancong Colombia adalah paling kurang mencuri barangan hotel iaitu 31 peratus diikuti warga Denmark, Hong Kong, Korea Selatan dan Norway yang berkongsi kedudukan sama dengan 33 peratus sahaja.

Ini bermakna tiada negara yang pelancongnya langsung tidak mencuri dan kajian Hotels.com mendapati, semua pelancong mengambil barangan mandian percuma di bilik air dengan alasan sebagai cenderamata kenangan.

Ini diakui penulis buku hotel terlaris Heads in Beds, Jacob Tomsky yang berpengalaman 10 tahun dalam industri perhotelan antarabangsa: “Pihak hotel pun ‘malas’ periksa selongkar bagasi setiap pelanggan mereka.” – Agensi/H.A.AMREE

Tags: bagasihotelPelancongSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Veteran DAP Anggap Pengisytiharan Hari Ini Bertentangan Adat Perpatih

Veteran DAP Anggap Pengisytiharan Hari Ini Bertentangan Adat Perpatih

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mendakwa tindakan mengisytiharkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan baharu di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd