• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zamani Didenda RM5,500 Kerana Dadah

oleh Ahmad Albab
06/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim dan pembantu peribadinya, Nur Juliana Abdul Rani, masing-masing didenda RM5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lepas.

Zamani, 43, dan Nur Juliana, 32, membayar denda itu.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Terdahulu, Zamani yang memakai jaket dan berseluar hitam dan Nur Juliana mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan semula kepada mereka.

Sebelum ini, mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan tetapi menukar pengakuan hari ini.

Bagi pertuduhan pertama iaitu memiliki dadah jenis heroin seberat 0.60 gram, mereka masing-masing didenda RM3,300 atau 10 bulan penjara manakala bagi pertuduhan kedua iaitu mengambil dadah, Zamani dan Nur Juliana didenda RM2,200 setiap seorang atau lapan bulan penjara.

Mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis heroin di sebuah rumah di Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat di sini pada 12.30 pagi, 21 Januari lepas.

Penyanyi itu, yang popular dengan lagu ‘Gerimis Mengundang’, juga didakwa mengambil dadah jenis morfin di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira-kira 2 pagi pada tarikh sama.

Nur Juliana pula didakwa mengambil dadah jenis Methamphetamine pada 2.05 pagi di tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan memiliki dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan mengambil dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama dan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Ketika rayuan, peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar mewakili Zamani dan Nur Juliana memohon mahkamah mengenakan hukuman denda atas alasan penyanyi itu telah insaf dan berat badannya kini naik kepada 59 kg daripada 45 kg, selain beliau menghidap sakit belakang kronik yang memerlukan rawatan intensif dan pembedahan.

“Bagi Nur Juliana pula, dia terjebak dengan dadah berpunca daripada perasaan ingin tahu, namun kedua-dua anak guam saya menyesal dengan perbuatan mereka,” katanya.

Mereka juga tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene, memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kerana kesalahan dadah adalah serius dan tertuduh merupakan artis terkenal yang sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada masyarakat.

Sementara itu, Zamani melahirkan rasa syukur kerana hidupnya berubah selepas ditangkap kerana kes dadah itu.

“Saya rasa bersyukur dan berterima kasih kerana ditangkap pada 21 Januari lepas…ia menjadi titik penting kepada perubahan yang saya alami hari ini,” katanya dengan nada ceria kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Majistret itu.

Beliau yang kini mendapatkan rawatan di sebuah pusat pemulihan dadah juga kelihatan sihat berbanding keadaan sebelum ditangkap. – Bernama

https://youtu.be/GW9H5PYlvcE

Tags: dadahzamani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd