TERNYATA melaporkan kepada polis tidak mencukupi, penyanyi Chris Brown dikatakan telah memalukan seorang wanita yang ditangkap menceroboh rumahnya di laman sosial instagram.
Chris yang pulang ke rumahnya di Los Angeles mendapati seorang wanita, Amira Ayeb, 21, sedang duduk di tangga hanya dengan dibaluti kain tuala.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu With You itu juga mendapati Amira bukan sahaja memecah masuk rumahnya tetapi dia juga memasak untuk dirinya dan jadikan tempat itu huru-hara.
Menurut pegawai polis bahagian Los Angeles, Nicole Nishida, mengesahkan tentang insiden itu dan telah menyoal siasat wanita itu.
Amira kini ditahan dan didenda di atas kesalahan jenayah vandalisme serta pecah rumah dan jumlah ikat jamin telah ditetapkan sebanyak 50 ribu dollar.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=NnVI-3s-A0U
Oleh: Pitt
