• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil Kelab Myvi Ada Banyak Saman, Dakwa Kenal ‘Orang Dalam’

oleh Ahmad Albab
06/05/2015
dalam Hangat
2
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM, seluruh negara digemparkan dengan satu laporan kemalangan menyayat hati yang menimpa tiga beranak yang menemui ajal setelah kenderaan dinaiki dilanggar kereta jenis Perodua MyVi.

Menurut saksi kejadian, kecelakaan tersebut berpunca daripada tindakan enam buah MyVi berlumba di atas jalan raya sebelum ia bertukar menjadi insiden berdarah.

Tindakan dangkal tersebut mengakibatkan dua kanak-kanak menjadi yatim piatu serta merta selepas kedua ibu bapa mereka meninggal dunia di tempat kejadian bersama adik bongsu yang baru berusia enam bulan.

[VIDEO: Suami Isteri, Bayi 6 Bulan Maut Angkara MyVi Berlumba]

Ibarat peribahasa baling batu sembunyi tangan, baki lima pemandu kereta yang dikatakan berlumba telah menghilangkan diri.

Selepas kejadian, salah seorang ahli Familia MyVi Club, kelab yang dinaungi pemandu-pemandu MyVi berkenaan turut tampil menafikan andaian bahawa ahlinya menjadi punca, malah menyeru semua pihak menghentikan khabar angin.

Amboi, betul ke mereka tak terlibat ataupun ia hanyalah penafian untuk back-up kawan-kawan?

[BACA: Ahli Kelab MyVi Pertahan Rakan, Nafi Mereka Berlumba]

Ternyata, satu pendedahan terbaharu oleh seorang individu menunjukkan bahawa dakwaan yang dibuat oleh individu bernama Yana itu hanyalah sandiwara untuk menutup cerita sebenar.

11178275_827051140677437_8836545495888190352_n (1)

Melalui satu perbualan di medium Whatsapp, ahli-ahli Familia MyVi Club dilihat memperkatakan tentang insiden tersebut. Nah, anda bacalah sendiri dan buat penilaian.

Selain itu, kenyataan Yana yang menafikan ahli kelab tersebut sedang berlumba ketika kejadian, tidak disokong dengan satu imej yang memaparkan kenyataan di laman Facebook rasmi FMC yang terang-terang mengakui mereka suka berlumba!

“Kami Suka Berkonvoi, Kami Suka Lakukan Aktiviti, Kami Suka Layan Corner Genting Dan Banyak Lagi.”

Apa maksud si pengendali laman tersebut yang menulis diskripsi ‘suka layan corner Genting?’ Sekali lagi, pembaca nilailah sendiri…

11148427_827051724010712_6280644890190889788_n (1)

Sementara itu, seorang individu yang juga ahli kelab tersebut, Che Danial Aniq, menulis di laman rasmi MyVi Club mengakui bahawa pemandu enam buah MyVi tersebut sememangnya sedang berlumba!

934887_827051834010701_5379721070972648313_n

Lagi menambahkan kesangsian, individu bernama Yana itu rupa-rupanya memiliki 11 saman jalanraya dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM2 ribu!

Amboi, boleh tahan jugak Akak ni, kan?

18186_827050790677472_769571361753428861_n

Sepatutnya, kejadian seperti ini menjadi iktibar buat ahli kelab tersebut untuk menghentikan kegiatan tak berfaedah dan membantu pihak polis untuk menyelesaikan kes kemalangan ini.

Tak usahlah nak menyembunyikan cerita sebenar, ‘bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru?’

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Rakaman Tangisan Anak Mangsa Kemalangan 

https://www.youtube.com/watch?v=uVcNFT86SEg

Tags: kemalangan mautmeninggal duniaMyvi Familia Club
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd