• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Roti Bolivia Mogok, Askar Dikerah Buat Roti

oleh
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LA PAZ – Anggota tentera darat Bolivia terpaksa dikerah ‘memanggang’ puluhan ribu roti ekoran keseluruhan tukang roti di negara Amerika Latin itu melancarkan mogok kerja, lapor stesen penyiaran antarabangsa BBC.

Ribuan askar diarahkan pemerintah Bolivia susulan beberapa wilayah telah melaporkan kekurangan pekerja pembuatan roti, terutama di ibu kota La Paz dan bandar raya kedua terbesar, El Alto di pinggir ibu negara.

“Kami memang mengalami kekurangan petugas. Namun kami akan cuba membuat 70,000 roti dalam sehari dan masih boleh meningkatkan produksi apabila perlu,” kata Menteri Pembangunan Bolivia, Veronica Ramos.

Pemerintah tempatan akan menjual roti buatan tentera itu di semua kedai runcit dan pasar raya biasa pada harga serendah 40 sen boliviano (kira-kira 20 sen Malaysia) bagi setiap buku, lapor akhbar harian pada Rabu.

Manakala tukang roti negara itu mendakwa mereka biasanya perlu menjual setiap potong roti dengan harga 50 sen boliviano (kira-kira 25 sen Malaysia) untuk mendapatkan semula untung dan pulangan sedikit modal.

Kesemua tukang roti di seluruh Bolivia melancarkan mogok kerja serentak selama 48 jam sebagai memprotes keputusan pemerintah yang menghapuskan subsidi bagi tepung gandum serta merupakan bahan asas roti.

Menteri Pertahanan Bolivia, Reymi Fereira mengisytiharkan perintah darurat susulan mogok terbesar dalam sejarah negara itu serta mengarahkan berek tentera dijadikan kilang sementara dan askar dikerah membuat roti.

Berbeza dengan Malaysia yang tidak mengenakan GST pada tepung gandum malah diberi subsidi, pemerintahan sayap kiri pimpinan Presiden Bolivia, Evo Morales menyatakan subsidi tepung gandum tidak diperlukan lagi.

“Tukang roti di Bolivia mampu kaya kerana diuntungkan oleh subsidi itu selama bertahun-tahun. Mereka sekarang perlu memikul beban itu sendiri tanpa harap bantuan kerajaan,” kata Menteri Pembangunan, Veronica Ramos.

Bolivia adalah negara termiskin di benua Amerika Selatan, namun tahap kemiskinan dan kemelesetan ekonomi berjaya diturunkan sejak berkuasanya Morales dengan melakukan rasionalisasi subsidi. – Agensi/H.A.AMREE

Tags: askarBBCBoliviaLatinrotisubsiditepung gandum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

03/11/2024
0

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan memberikan bantuan subsidi RM300 kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd