• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Bot PATI Dikesan Di Pulau Jarak, Perak

oleh Ahmad Albab
30/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR - Tiga bot dipercayai membawa pendatang tanpa izin dikesan berdekatan Pulau Jarak di Perak, semalam oleh helikopter yang membuat pemantauan di sempadan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Berkata berkata pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah diberi maklum dan diarah menggerakkan aset ke lokasi berkenaan.

“Kita tahu bahawa lebih ramai akan datang dan kita minta dan harap negara-negara yang cakap banyak ini menerimalah pendatang-pendatang tanpa izin atau pelarian ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Karnival Sukan Sekolah Teknik dan Vokasional di sini, hari ini.

Sejak sebulan lepas, isu pendatang dipercayai dari Bangladesh dan etnik Rohingya dari Myanmar yang terdampar di dalam bot di perairan selat Langkawi dan Melaka menjadi perhatian dunia.

Sebanyak 1,158 daripada mereka dilaporkan telah mendarat secara haram di Langkawi pada 10 Mei lepas, sementara lebih 7,000 lagi dikatakan masih berada di laut dalam usaha mendarat di negara-negara berdekatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini turut mengarahkan TLDM dan APMM membantu MERCY Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan kepada mereka ini sama ada melalui laut atau darat.

Sementara itu, Shahidan yang juga pengerusi Majlis Keselamatan Negara ketika ditanya mengenai jaminan Malaysia itu, berkata etnik Rohingya yang telah ditempatkan di depoh tahanan dalam negara tidak akan diusir dan akan dibenarkan tinggal dalam negara sekurang-kurangnya setahun sebelum dihantar ke tempat lain.

Minggu lepas, Thailand, Indonesia dan Malaysia telah mengumumkan hasrat untuk terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pendatang yang berada di laut.

Malaysia dan Indonesia juga menawarkan pelindungan sementara kepada pendatang yang terkandas dengan syarat proses penempatan dan penghantaran pulang akan dilakukan dalam masa setahun oleh masyarakat antarabangsa.

Rabu lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebanyak 1,369 pendatang di Depoh Tahanan Imigresen Belantik di sini akan dipindahkan ke empat depoh tahanan lain bagi menyediakan ruang lebih selesa kepada pelarian Rohingya yang baharu tiba.

Beliau berkata terdapat 12 Depoh Tahanan Imigresen di Semenanjung dan sekiranya perlu akan digunakan kesemua bagi menempatkan pelarian Rohingya. – BERNAMA

Tags: Pati
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Raja Permaisuri Agong Lancar Floria Diraja Putrajaya 2015

Next Post

Penyanyi Popular Di Indonesia Ini Rupanya Anak Menteri Malaysia

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

Next Post

Penyanyi Popular Di Indonesia Ini Rupanya Anak Menteri Malaysia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd