MENTERI Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan memaafkan individu yang bertanggungjawab terhadap penyebaran video ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ujar beliau, individu yang dipercayai menjawat jawatan Timbalan Ketua UMNO di satu bahagian bakal dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan sendiri oleh Muhyiddin untuk tindakan lanjut.
BACA: Muhyiddin Gesa Najib Pecat Lembaga Pengarah 1MDB
“Saya dah hubungi beliau, beliau minta maaf. Saya jawab, tiada maaf bagimu. Kerosakkan telah berlaku, dia kena bertanggungjawab terhadap tindakan itu.”
Sebelum ini, satu video yang memaparkan ucapan Muhyiddin menjadi kecoh apabila beliau mendedahkan tentang cadangannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memecat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Rakaman tersebut menjadi perbualan hangat dan ramai pihak membuat spekulasi bahawa Najib dan Muhyiddin tidak sebulu namun ia kemudiannya dinafikan Timbalan Perdana Menteri.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Rakaman Video Ucapan Muhyiddin Yassin


