• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Telco Sokong Gesaan Menteri Berhubung Kadar Lebih Rendah

oleh Ahmad Albab
22/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini menyatakan sokongan mereka terhadap gesaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung pemberian kadar lebih rendah untuk pelanggan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Axiata, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, syarikat telah memperkenalkan pelan inovatif dan berpatutan seperti ‘New Internet of Xpax’ yang menawarkan Internet tanpa henti selain membenarkan pelanggan membawa data Internet yang tidak digunakan ke depan.

“Ciri bawa ke depan ini unik dan terpakai untuk semua pelan baharu dan Celcom merupakan yang pertama dan satu-satunya telco yang memperkenalkan ciri ini di negara ini.

“Selain itu, sejak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan, Celcom memberi masa berbual dan pesanan teks percuma kepada pelanggannya yang menambah nilai RM5 dan ke atas,” katanya.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Perhubungan Korporat, DiGi Telecommunications, Eugene Teh berkata, menjadi keutamaan syarikat memastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses Internet pada kadar berpatutan dan ia telah mengumumkan pakej serta gabungan produk bagi pelanggan yang utamakan harga.

CEO U Mobile, Wong Heang Tuck pula berkata, cadangan menteri itu seiring dengan pendirian syarikat untuk menawarkan produk dengan nilai terbaik kepada pelanggan pada kadar paling berdaya saing. – BERNAMA

 

Tags: Ahmad ShaberyTelco
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

05/02/2023
0

Kuala Lumpur : Kadar harga Pakej Internet Perpaduan yang diumumkan kerajaan hanyalah garis asas bagi syarikat telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan...

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

30/06/2022
0

PUTRAJAYA : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan enam syarikat telekomunikasi (telco) akan mengambil kepentingan ekuiti dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd