• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarekat: Perlu Perincian Untuk Elak Kekeliruan

oleh Ahmad Albab
26/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa agama di negara ini perlu mengeluarkan butiran terperinci mengenai kumpulan tarekat yang dibenarkan dan tidak dibenarkan bagi mengelakkan timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata masyarakat juga boleh merujuk garis panduan yang telah dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung perkara itu.

“Telah ada fatwa yang diputuskan tentang tarekat yang dibenarkan dan tak dibenarkan. Tapi saya rasa elok kita buat perincian…supaya jangan dihukum semua tak boleh.

“Nanti akan timbul kekeliruan tentang kefahaman berkaitan tarekat. Majlis Fatwa pun sudah keluarkan batas-batas yang dibolehkan dalam amalan-amalan, jadi elok dirujuk terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama media yang turut dihadiri Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kebimbangan peningkatan ajaran kumpulan tarekat yang dikhuatiri menyeleweng daripada ajaran Islam.

Ditanya tentang kemunculan sebuah kumpulan tarekat baharu yang mirip sebuah tarekat yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa sebelum ini, Jamil Khir menyerahkan kepada Jakim dan Majlis Agama Islam di negeri-negeri untuk memutuskan perkara itu.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata jabatan itu sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Mufti di negeri-negeri bagi membuat pemantauan dan siasatan jika menerima aduan daripada mana-mana pihak.

“Kita (Jakim) juga ada panel pakar yang dilantik kerajaan untuk bantu dalam hal begini. Tarekat baharu yang disebut, jika ia adalah Naqsyabandiah, itu dah lama diputuskan dan kita masih kekal dengan keputusan itu,” katanya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Ke-48 pada April 2000 memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim sebagai bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Terdahulu dalam ucapannya, Othman berharap media massa dapat menyiarkan lebih banyak program berbentuk ilmiah yang berteraskan syariat yang boleh menyumbang kepada pembentukan sahsiah masyarakat.

Katanya, amat merugikan jika cerita tahyul, aksi ganas, perbualan kosong, penulisan yang tidak bermanfaat dan sebagainya masih menjadi santapan minda masyarakat kini. – BERNAMA

https://youtu.be/JCoRPUjcr_Q

Tags: Jamil Khir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat....

Isu Jantina, Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo?

17/01/2018
0

MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air. Antaranya ialah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd