• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selesaikan Isu Mat Rempit Semakin Teruk Di Bandar Dungun

oleh Ahmad Albab
09/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Penduduk di bandar Dungun menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap remaja yang menjadikan jalan raya di sekitar bandar ini sebagai tempat untuk merempit.

Tinjauan Bernama mendapati kegiatan merempit yang sering dilakukan terutama pada waktu malam hujung minggu boleh mengundang kecelakaan apabila golongan ‘mat rempit’ ini menunggang motosikal secara melulu tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Seorang penduduk, Ahmad Nawfal Zahari, 37, berkata aktiviti merempit yang diadakan setiap malam minggu semakin menjadi-jadi sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Selalunya mat rempit ini berkumpulan, lebih 30 buah motosikal. Mereka berkumpul ramai-ramai dan menjadikan jalan raya ini medan untuk berlumba dan mempamerkan pelbagai aksi.

“Kalau mat rempit ni ada, memang kita yang memandu kereta terpaksa mengelak mereka, kalau tak mengelak, kita pula yang akan dihimpit mereka…nak tak nak, terpaksalah kita mengalah!,” katanya ketika ditemui Bernama.

Bagi Mohd Ammar Firdaus Ahmad, 32, beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah sosial remaja tersebut yang telah lama berleluasa.

“Boleh dikatakan, dah lebih lima tahun masalah ini tak dapat diselesaikan… aktiviti mat rempit ni sangat membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain selain mengganggu penduduk di sekitar bandar ini dengan bunyi bising dan aktiviti melampau dan meluat mata memandang.

“Pelbagai aksi ditunjukkan mereka seperti ‘wheelie’, ‘weekang’ dan aksi meniarap seperti superman ditunjukkan mereka pada malam minggu. Biasanya, mereka mula mempamerkan aksi sekitar pukul 12 tengah malam ke atas,” katanya.

Seorang kakitangan swasta, Amirul Mukmin Azmi, 40, pula berkata pihak kerajaan seharusnya segera menyediakan sebuah litar untuk kemudahan remaja berkenaan.

“Sudah beri nasihat pun tidak menjadi sebab merempit ini merupakan hobi mereka. Kalau disediakan sebuah litar untuk mereka, takkan timbul lagi soal jalan raya dijadikan sebagai medan perlumbaan hingga meragut nyawa pengguna lain. Memang saya dan penduduk Dungun lain sangat berharap isu ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Menurutnya sekiranya polis melakukan tangkapan terhadap mereka, ia masih belum mampu menyelesaikan masalah gejala tidak berfaedah itu kerana golongan sasar itu takkan serik-serik kerana baru mahu kenal dunia.

“Saya rasa kita tak perlu ajar mereka dengan kekerasan sebaiknya bagi mereka kaunseling dan selami masalah sebenar mereka, mungkin mereka datang daripada keluarga yang bermasalah dan menjadikan aktiviti ini untuk melepaskan tekanan,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=BYlJtSQ22ds

Tags: Mat RempitTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd