• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1.6 Bilion Hasil GST Dikutip Bagi Barangan Import

oleh Ahmad Albab
20/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM1.689 bilion diperoleh daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas barangan import setakat 10 Mei lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

“Data ini diketahui awal sebab bayaran dibuat sebelum barang-barang import dilepaskan daripada kawalan Kastam di pelabuhan, sempadan dan lapangan terbang,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih belum boleh menyatakan anggaran pendapatan terkini bagi tempoh pelaksanaan GST sejak 1 April lepas kerana data berkaitan belum diterima sepenuhnya oleh Jabatan Kastam.

Katanya tempoh penyerahan data kepada pihak Kastam bagi perniagaan berpendapatan tahunan melebihi RM5 juta adalah pada atau sebelum hari terakhir bulan berikutnya iaitu 1 hingga 31 Mei 2015.

“Pada 1 Jun ini barulah pihak Kastam dapat menyatakan berapakah hasil kutipan GST bagi bulan pertama pelaksanaannya, manakala bagi perniagaan berpendapatan kurang RM5 juta, mereka perlu menghantar data untuk tempoh tiga bulan.

“Contohnya hasil GST bagi April, Mei dan Jun, datanya perlu dihantar pada 1 hingga 31 Julai 2015 dan pada 1 Ogos barulah Kastam tahu jumlah hasil itu dengan tepat,” katanya ketika menjawab soalan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).

Lee meminta kerajaan menyatakan jumlah hasil terkini daripada GST selepas sebulan lebih sistem percukaian itu dilaksanakan.

Ahmad berkata, semua transaksi berkaitan penghantaran data boleh dilakukan secara atas talian, manakala bagi tujuan pembayaran ia juga boleh dibuat secara atas talian atau manual dengan menggunakan cek.

Dalam pada itu, beliau berkata anggaran hasil daripada GST sebanyak RM23.2 bilion, seperti yang dinyatakan sebelum ini adalah tidak termasuk penolakan hasil ke atas beberapa barangan yang baru diberikan kadar sifar, seperti minyak RON 95, gas petroleum cecair (LPG), diesel dan tambahan senarai ubat-ubatan serta alat bantuan orang kelainan upaya (OKU). – BERNAMA

Tags: Ahmad MaslanGST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AirAsia Perkenalkan Laluan Kuala Lumpur – Kaohsiung

Next Post

Anak Kak Ton Yang Super Cantik, Pengacara TV3

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Next Post

Anak Kak Ton Yang Super Cantik, Pengacara TV3

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd