• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rela Digerakkan Dengan Tugas Tambahan Bantu Tangani Militan

oleh Ahmad Albab
02/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Rela akan digerakkan bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi penguatkuasaan yang lain dalam menangani ancaman keganasan terutama kumpulan militan IS di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya beberapa langkah diambil dengan antara tugasan yang akan diberikan kepada Rela adalah dalam hal pencegahan jenayah seperti memantau ‘lorong-lorong tikus’ dan menjadi pemberi maklumat kepada polis dalam hal berkaitan keluar masuk individu atau kumpulan yang dikaitkan dengan keganasan.

Ahmad Zahid berkata ketika ini pintu masuk dan keluar negara sama ada laluan laut, darat dan udara dikawal agensi-agensi penguatkuasaan tetapi perlu juga ada pemantauan terhadap lorong-lorong tikus.

“Lorong-lorong tikus sudah menjadi lorong gajah. Anggota Rela seramai 3.8 juta diminta memantau kawasan berkenaan supaya tidak seorang pun terlepas sama ada yang mahu masuk, apatah lagi yang mahu keluar dari negara ini untuk ke negara kedua atau ketiga kononnya atas perjuangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bakti Rela Daerah Seberang Perai Tengah di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata ini semua bagi memastikan pengganas yang berada di luar Malaysia apabila pulang ke negara ini mereka akan didakwa dan diambil tindakan undang-undang.

“Pengintipan sedang dilakukan. Bagi mana-mana individu atau kumpulan atau organisasi yang anjurkan mana-mana kursus atau latihan atau cuba membuat senjata buatan sendiri atau bom buatan sendiri, mereka tidak akan terlepas daripada langkah-langkah perundangan agensi penguatkuasaan terutama polis,” katanya.

Katanya Rela akan bertindak sebagai pemberi maklumat kepada agensi-agensi penguatkuasaan yang diberikan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.

“Rela ditambah tugas bukan hanya menjaga dan membantu polis dalam hal keselamatan tetapi lebih penting kepada pencegahan jenayah,” katanya.

Ahmad Zahid berkata ini antara perkara yang dimasukkan dalam Akta Pencegahan Keganasan (POTA) yang dibentangkan di Dewan Rakyat dan telah diluluskan oleh Dewan Negara, serta telah dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong bagi diperkenankan untuk diwartakan.

“Menerusi POTA, Rela ada tanggunjawabnya. Mereka akan beri maklumat hasil sumber di kawasan masing-masing. Ini tujuannya untuk pencegahan sebelum sesuatu (keadaan) menjadi parah,” katanya. – BERNAMA

Tags: MilitanRELA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd