• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Real Madrid Pecat Pengurus, Carlo Ancelotti

oleh
26/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Carlo Ancelotti dipecat daripada jawatannya sebagai pengurus Real Madrid setelah beliau berjaya ‘menjaga’ kelab terkaya di dunia itu selama dua musim berturut-turut, lapor media Sepanyol pada Selasa.

Ancelotti, seorang warga Itali berusia 55 tahun, pernah membawa Real; yang ditubuhkan sejak 1902 lalu; untuk menjuarai Piala Sepanyol sebelum meraih Piala Liga Juara-Juara Eropah yang ke-10 pada musim lalu.

Namun tahun ini Los Blancos itu disingkirkan oleh Juventus dari Itali dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, sementara musuh ketat tradisinya, Barcelona pula memenangi La Liga di Sepanyol.

Baca: Real Madrid Kelab Pemain Bola Sepak Terkaya Dunia

Pasukan yang dijaga oleh Ancelotti itu hanya mendapat tempat kedua dalam liga Sepanyol, dua mata di belakang Barca, yang merangkul La Liga dan kemudian turut memasuki peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez memberitahu sidang akhbar pada Isnin bahawa ia “bukan satu keputusan yang mudah” sebelum mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan jasa Ancelotti.

Beliau menambah bahawa seorang pengurus baru akan dilantik minggu depan. “Apakah yang salah dilakukan oleh Ancelotti? Saya tidak tahu. Permintaan dan jangkaan peminat di sini, di Real Madrid memang sangat tinggi.

“Kemesraan pemain dan peminat untuk Carlo sama seperti kemesraan yang saya sendiri ada dengan beliau,” jelas Perez sekali gus menafikan berlaku masalah peribadi antara pengurus itu dengan pihak pentadbiran kelab.

Dalam pada itu media tempatan melaporkan, Pengurus Napoli, Rafael Benitez merupakan individu yang paling digemari untuk mengambil alih jawatan kosong tersebut, apabila musim liga Itali berakhir dalam masa terdekat.

Real menumpaskan Atletico Madrid 4-1 selepas masa tambahan dalam perlawanan terakhir Liga Juara-juara pada Jun 2014 untuk meraih ‘La Decima’ iaitu kemenangan ke-10 dalam pertandingan kelab berprestij di Eropah.

Liga Juara-juara itu merupakan kali ketiga Ancelotti menjadi pengurus Real Madrid. Beliau sebelum itu juga pernah memenangi liga tersebut sebanyak dua kali dengan AC Milan dari Itali pada 2003 dan 2007 lalu.

Bekas pengurus Chelsea itu, yang kontraknya dijangka berlanjutan hingga akhir musim depan, turut memenangi Piala Kelab Dunia pada Disember sebelum Real tersingkir daripada Copa del Rey oleh Atletico pada Januari.

Dalam wawancara eksklusf dengan akhbar Itali, Il Giornale yang diterbitkan pada Isnin, secara kebetulan sebelum pemecatannnya diumumkan oleh Perez, Ancelotti berkata beliau akan mengambil masa cuti selama setahun.

Alasan beliau ialah kerana mungkin bakal menjalani pembedahan belakang badan sekiranya terpaksa meninggalkan Real. Ancelotti menambah: “Saya tidak tahu berapa lama tempoh pemulihan akan diperlukan.”

Beliau seterusnya berkata: “Saya mesti menjalani pembedahan belakang itu akibat masalah stenosis tulang belakang, yang untuk sekian lama telah menyebabkan rasa gatal pada kedua-dua tangan saya sendiri.”

Ancelotti juga berkata: “Saya boleh memberi jaminan bahawa saya menerima banyak tawaran dari Itali, England dan Jerman. Saya pasti Real tidak akan kekurangan daripada kini hingga tahun depan.” – Agensi/H.A.AMREE

Tags: AC MilanBarcaBarcelonaCarlo AncelottiLa LigaLiga Juara-JuaraReal MadridSepanyol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Lelaki Dikelar Sabit

Next Post

Remaja Lelaki Kini Mula `Makan’ Penjara

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

95 Maut Banjir Dahsyat Di Sepanyol

95 Maut Banjir Dahsyat Di Sepanyol

31/10/2024
0

OVIEDO - Angka kematian akibat banjir dahsyat di timur Sepanyol meningkat kepada 95 orang, menurut penyiar awam negara itu RTVE,...

Next Post

Remaja Lelaki Kini Mula `Makan' Penjara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd