• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Terlibat IS Dikenakan Tindakan Undang-Undang Jika Pulang

oleh Ahmad Albab
01/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Rakyat Malaysia yang terlibat dengan kumpulan militan IS di Syria yang berhasrat pulang ke Malaysia, akan dikenakan tindakan undang-undang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata tindakan itu sebagai langkah pencegahan kerana pengalaman mereka bersama kumpulan militan dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan negara.

Menurutnya daripada 75 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan itu, seramai 10 orang disahkan meninggal dunia manakala bakinya menyatakan kesal dengan penglibatan mereka.

“Mereka ini kata kesal dan mahu pulang ke Malaysia,” katanya semasa berucap merasmikan Program Bakti Rela bersama 3,500 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Rompin di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata 63 rakyat Malaysia telah menyatakan hasrat untuk pulang ke negara selepas berasa tertipu dengan dakyah berjihad kumpulan militan itu.

Ahmad Zahid menegaskan adalah penting bagi Malaysia mempunyai undang-undang seperti Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) untuk mengekang anasir yang mengugat ketenteraman negara.

Ketika diminta mengulas perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur hari ini, Ahmad Zahid berkata beliau yakin polis tidak terjebak dengan provokasi peserta perhimpunan itu.

“Saya yakin demonstrasi di Kuala Lumpur telah dirancang dengan awal…dan saya tidak mahu lihat adanya ‘engagement’ (tindak balas fizikal) antara peserta perhimpunan dan pihak polis,” katanya. – BERNAMA

Tags: ISZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd