• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Sungai Nadi Kehidupan Siap 56% – Palanivel

oleh Ahmad Albab
12/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River Of Life (ROL) yang merupakan sebahagian daripada Projek Greater Kuala Lumpur kini mencatatkan kemajuan sebanyak 56 peratus sejak dimulakan pada 2011.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata projek bertujuan mengubah wajah Sungai Gombak dan Sungai Klang itu berada pada landasan yang tepat dan akan memberi impak positif kepada negara serta rakyat secara amnya.

“ROL sekarang 56 peratus pencapaiannya dan berada pada landasan yang betul. Jadi kita akan lengkapkan proses ini.

“Projek ini melibatkan 26 agensi kerajaan, sektor swasta dan perunding. Kita harap ianya bergerak lancar hingga ia siap pada 2020,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Air Sedunia 2015 peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Sambutan Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun bermula tahun 1993 setelah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan usul berikutan cadangan yang dikemukakan dalam Persidangan PBB Berkenaan Alam Sekitar (UNCED) pada 1992.

Tema sambutan pada tahun ini adalah ‘Air dan Pembangunan Mapan’ bertepatan dengan arus pembangunan Malaysia dengan lebih 70 peratus kawasan merupakan kawasan perbandaran dengan pembangunan pesat.

Tambah Palanivel, Projek Sungai Nadi Kehidupan memfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.

“Sehingga kini kita telah pasang 500 perangkap sampah di beberapa anak sungai, parit serta longkang, bina lapan loji rawatan air sungai manakala lima loji rawatan air pula telah dibina di beberapa pasar basah antaranya di Pasar Basah Air Panas, Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Jalan Klang Lama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Lembangan Sungai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Ir Hanapi Mohamad Noor berkata peruntukan keseluruhan bagi Projek Sungai Nadi Kehidupan ialah RM4 bilion.

Menurutnya, pemasangan perangkap sampah bukan hanya sebahagian daripada projek itu malah ia merupakan langkah bagi menangani cabaran utama dalam usaha perbersihan Sungai Klang.

Katanya pada tahun 2010, sebanyak 268 meter padu sampah terkumpul di loji takungan air terowong SMART, di Kampung Berembang dan jumlah itu telah berkurangan kepada 70 meter padu tahun lepas. – BERNAMA

Tags: G.Palanivelkebersihan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Komited Kewartawanan Model Baharu

Next Post

Masih Sayang.. Zamarul, Diana Rafar Nikah Semula 16 Mei Ini

Related Posts

Fungsi J-KOM Akan Diteliti Semula

MPK ‘Serbu’ Gerai Dalam Kedai Berkait Isu Kebersihan

03/01/2024
0

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa melaksanakan penguatkuasaan berhubung garis panduan pelesenan gerai dalam kedai dari semasa ke semasa....

Tauke Kopi, Dua Pekerja Halang Anggota Penguat Kuasa Periksa Kebersihan Ditahan

Tauke Kopi, Dua Pekerja Halang Anggota Penguat Kuasa Periksa Kebersihan Ditahan

26/06/2023
0

KEMAMAN – Seorang pengusaha minuman kopi terkenal daerah ini bersama dua pekerja ditahan bagi membantu siasatan dakwaan menghalang anggota penguatkuasaan...

Next Post

Masih Sayang.. Zamarul, Diana Rafar Nikah Semula 16 Mei Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd