• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Rompin: Proses Pengundian Lancar, Lebih 45% Keluar Mengundi

oleh Ahmad Albab
05/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Proses pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin berjalan lancar dengan 45.9 peratus atau 17,050 daripada 52,744 pengundi berdaftar telah keluar mengundi setakat 11 pagi.

Keadaan dilaporkan mulai sesak di kebanyakan 38 pusat mengundi berikutan cuaca cerah sejak awal pagi yang menggalakkan orang ramai keluar mengundi termasuk di empat pusat mengundi di Pulau Rompin.

Pengundi warga emas yang merupakan 26.50 peratus daripada 53,294 pengundi berdaftar dilihat ramai keluar mengundi sejak awal pagi berbanding pengundi muda yang merupakan 19.22 peratus.

Sementara itu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin, 62, yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Leban Chondong turut melawat beberapa pusat mengundi.

Beliau melawat pusat mengundi di Kuala Rompin, Muadzam Shah dan Felda Selancar sebelum ke gugusan Felda Keratong.

Sementara itu calon PAS Nazri Ahmad yang mengundi di Sekolah Agama Rakyat di Felda Keratong 5 turut melawat pusat mengundi di gugusan Felda Keratong.

Kawasan Parlimen Rompin mempunyai kawasan Felda yang besar dan dianggarkan sebanyak 51.51 peratus daripada 53,294 pengundi berdaftar merupakan penduduk kawasan tanah rancangan tersebut.

Para peraih undi daripada kedua-dua parti sambil membawa payung yang melambangkan parti masing-masing, serta banner dan kain rentang mengenai calon parti masing-masing kelihatan bersemangat dan rancak merayu pengundi di kawasan berhampiran pusat mengundi di sekitar kawasan Parlimen Rompin walaupun tempoh berkempen telah berakhir pada tengah malam tadi.

Walaupun terdapat perang mulut antara perayu undi dari kedua-dua parti itu, suasana dilaporkan tenang tanpa sebarang kejadian.

Cuaca setakat tengah hari ini masih cerah, walaupun diramalkan ribut petir akan berlaku pada sebelah petang.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Hasan dan Nazri bagi mengisi kekosongan kerusi itu ekoran kematian penyandangnya Tan Seri Dr Jamaluddin Jarjis akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Seramai 52,744 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini, menakala 464 orang atau 85.1 peratus daripada 545 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Khamis lalu. – BERNAMA

https://youtu.be/ZvXiu5BRK-Q

Tags: PRK Rompin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

08/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan...

Pemuda PAS Perak Puas Hati Walau Tewas

06/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mendakwa tetap berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd